Related Posts with Thumbnails

Ahad, 21 September 2008

SELAMAT TINGGAL TARIM.....

Pejam celik, pejam celik, dah hampir 3 bulan aku di bumi Tarim, bumi yang penuh keberkatan dengan ulamak-ulamaknya...bumi yang unik dan tidak pernah aku jumpa sebelum ini...apa yang uniknya?Tarim telah menyingkap dan menzahirkan hadis Rasulallah S.A.W yang mafhumnya : Telah datang kepada kamu penduduk Yaman, di mana mereka itu lembut hatinya, iman itu pada orang Yaman dan juga hikmah iaitu ilmu yang bermanfaat.
Amalan sunnah-sunnah Rasul diamalkan dan kecintaan mereka terhadap Rasulallah amat zahir sekali dengan acara maulidnya yang penuh dengan zikir-zikir dan pujian ke atas nabi S.A.W...
Mengenai suasana Ramadhan di sini, sudah tentunya memberi pengalaman baru bagi aku..berbuka bersama habaib dan amalan-amalan sunat yang dipraktikkan, juga pengajian-pengajian serta tazkirah ramadhaniah banyak memberi kesedaran dan juga menghidupkan suasana ibadat. Semalam, iaitu malam 21 ramadhan, kami yang berada di darulmustofa, telah keluar ke bandar Tarim setelah menunaikan terawih di dar sendiri.Masjid-masjid di sini menunaikan terawih pada jam yang berbeza-beza.Terletak kepada individu itu sendiri untuk menggandakan amalannya. Selepas satu masjid, masjid satu lagi akn melaksanakan terawih..sehinggalah waktu sahur..tentunya pengalaman ini berbeza sekali.
Pada hari Selasa, 23 ramadhan, aku akan meninggalkan bumi Tarim untuk ke Sanaa' iaitu ibunegara Yaman..dan 27 Ramadhan akan terus terbang ke Mesir, iaitu bumi pengajian formalku..sedih jugak nak tinggalkan Tarim ni..apapun aku perlu meneruskan perjuangan aku di Malaysia pulak..Mungkin aku ke Mesir untuk urusan shahadah dan sebagainya kira-kira 2 bulan dan akan pulang ke Malaysia, insyaallah, bulan Disember nanti.

Teruskan membaca.... Read more

Jumaat, 12 September 2008

PILIH....



PILIH...JANGAN TAK PILIH...

Teruskan membaca.... Read more

Sabtu, 6 September 2008

GAMBAR KAT YAMAN













INI GAMBAR SEBULAN YANG LALU..GAMBAR TERBARU TAK BOLEH HANTAR LAGI..NAK TAHU PERUBAHAN FIZIKAL, JUMPA KAT MESIR....

Teruskan membaca.... Read more

CONTOH SHAL






HAMPA PILIH LA....

Teruskan membaca.... Read more

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP