Alhamdulillah, bengkel kuasai DSLR siri 2 telah berakhir petang tadi (25hb April). Penat juga untuk memahami
exposure dan
mode manual sepenuhnya. Sebelum ini hanya menggunakan
mode auto tentulah tidak memeningkan kepala tetapi hasil gambar tidak memuaskan hati. Setelah mengikuti bengkel ini, terbuka sedikit mata untuk mengenali DSLR ini dengan dekat walaupun masih kabur untuk menguasainya dengan baik. Apabila memahami konsep atau asas teknikal, kemudian disusuli dengan
practise yang istiqamah, insyaAllah, boleh hasilkan kualiti gambar yang dikehendaki. Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang bersungguh-sungguh berkongsi ilmu kepada kami...Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat saya
shoot...sebarang kecacatan di harap dapat diperbaiki. (sekadar hobi....trademark baru saya : Hayati keindahan ciptaan Allah S.W.T) ;)). Kepada mereka yang minat fotografi, bolehlah melayari laman forum http://www.photosantai.com @ hayati gambar yang mengagumkan daripada salah seorang guru saya di bengkel tersebut di alamat http://www.warnaiman.com




