Related Posts with Thumbnails

Khamis, 1 Julai 2010

KALIMAH SYUKUR

Syukur alhamdulillah dengan segala ketentuanNya. Syukur di atas nikmat yang Dia kurniakan. Syukur di atas semua perkara. Syukur segalanya. Perkataan syukur mungkin mudah bagi kita menuturkannya, tetapi adakah di sebalik ungkapan Alhamdulillah itu, kita sertakan dengan amalan-amalan yang menandakan kita bersyukur kepadaNya? Bersyukur mestilah diiringi dengan muhasabah diri. Kita perlu bersyukur di atas setiap perkara lebih-lebih lagi nikmat-nikmat yang tidak kita jangkakan. Setiap nikmat mungkin akan melalaikan kita jika ianya tidak disertai dengan keimanan dan ketaqwaan. Nikmat itu mungkin menjadikan kita lupa diri dan ianya tidak mustahil untuk Yang Maha Berkuasa menarik balik dan menimpakan bala ke atas mereka yang lalai. Na'uzubillahi min zalik. Moga-moga kita terdiri daripada mereka yang sentiasa bersyukur. ALHAMDULILLAH.

Untuk post kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman sepanjang mengajar di UniSZA dan perbezaan di antara mengajar di sekolah dan universiti. Perkara ini mungkin tidak sama bagi setiap induvidu, tetapi saya cuba untuk berkongsi pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah, hampir genap setahun berada di UniSZA, banyak perbezaan yang dapat saya rasai sama ada persekitaran, pemikiran, cara mengajar dan belajar dan sebagainya. Pengajaran di sekolah lebih kepada content dan sukatan yang disediakan. Pelajar lebih tertumpu kepada peperiksaan. Kebanyakan mereka 'disuap' oleh guru-guru tanpa diberi peluang berdikari. Bagi saya, ia merupakan suatu perkara biasa dan setiap perubahan tentunya secara berperingkat. Al-Quran juga diturunkan secara berperingkat sesuai dengan keadaan yang berlaku. Manusia juga akan dapat menjadi matang secara berperingkat. Tentulah di universiti akan menjadikan pelajar lebih berdikari. SCL atau pembelajaran berpusatkan pelajar dipraktikkan di universiti sekarang. Pensyarah menjadi pemudah cara dan sebagai rujukan. Tetapi pemantauan daripada pensyarah merupakan perkara penting dalam membentuk mahasiswa yang berkualiti. Bukan yang dimaksudkan menjadi rujukan hanya sekadar menyampaikan ilmu yang beliau ketahui tetapi sikap dan contoh ikutan itu adalah asas pembentukan jatidiri mahasiswa. Pendidik sentiasa dinilai oleh pelajar.

Alhamdulillah, selepas setahun lebih menunggu untuk menjadi pelajar rasmi, kini menjadi kenyataan dengan pendaftaran ke USIM pada 8hb Julai nanti dalam bidang Sarjana Bahasa Arab Komunikasi. Ada orang bertanya, kenapa tak masuk UIAM sedangkan saya mendapat tawaran ke sana... Bagi saya, semua itu adalah kehendak diri saya sendiri. Yang penting usaha, doa dan tawakkal. Semua keputusan yang diambil adalah berdasarkan keyakinan dan doa.

Sebelum meninggalkan UniSZA minggu lepas, kami bertiga sempat mengadakan majlis perpisahan dengan staf Jabatan Bahasa Arab. Tidak dapat dinafikan bahawa kekuatan jabatan adalah melalui hubungan silaturrahim yang rapat. Sepanjang pemerhatian saya, ukhwah merupakan suatu perkara penting di dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Saling tolong-menolong, berkongsi idea dan saling menerima pendapat antara satu sama lain menjadi asas kuat kepada jabatan selain daripada kepakaran dalam bidang masing-masing. Tahniah kepada Ketua Jabatan dan sahabat-sahabat JBA yang telah menjalankan amanah yang diberi dan kita mengharapkan sikap sedemikian berterusan sepertimana ditaujihatkan oleh Ketua Jabatan yang mengharapkan agar gerak kerja yang kita lakukan istiqamah bahkan lebih baik lagi daripada sebelum ini.

Akhir sekali, doakanlah kejayaan kami yang mula menyambung pengajian. Semoga dapat pulang menyumbang sedikit sebanyak  kepada jabatan dan fakulti. Ameen ya Rabb.

Di bawah adalah gambar di sekitar majlis perpisahan.




Teruskan membaca.... Read more

Sabtu, 12 Jun 2010

PALESTIN

Teruskan membaca.... Read more

Ahad, 25 April 2010

BENGKEL KUASAI DSLR

Alhamdulillah, bengkel kuasai DSLR siri 2 telah berakhir petang tadi (25hb April). Penat juga untuk memahami exposure dan mode manual sepenuhnya. Sebelum ini hanya menggunakan mode auto tentulah tidak memeningkan kepala tetapi hasil gambar tidak memuaskan hati. Setelah mengikuti bengkel ini, terbuka sedikit mata untuk mengenali DSLR ini dengan dekat walaupun masih kabur untuk menguasainya dengan baik. Apabila memahami konsep atau asas teknikal, kemudian disusuli dengan practise yang istiqamah, insyaAllah, boleh hasilkan kualiti gambar yang dikehendaki. Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang bersungguh-sungguh berkongsi ilmu kepada kami...Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat saya shoot...sebarang kecacatan di harap dapat diperbaiki. (sekadar hobi....trademark baru saya : Hayati keindahan ciptaan Allah S.W.T) ;)). Kepada mereka yang minat fotografi, bolehlah melayari laman forum http://www.photosantai.com @ hayati gambar yang mengagumkan daripada salah seorang guru saya di bengkel tersebut di alamat http://www.warnaiman.com

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Teruskan membaca.... Read more

Rabu, 31 Mac 2010

FOTOGRAFI

Design perlu kepada bakat, minat dan seni jiwa dalaman.....
Bagaimana dengan fotografi? Memang tidak dinafikan jika kita mengambil gambar dengan spontan, kadang-kadang tanpa disedari ia ada kualiti yang tinggi dari segi seni penangkapan gambar tersebut...Tetapi bagi yang baru dalam seni ini, mungkin apabila dipuji "lawanya"...itu sedikit sebanyak mengembangkan tuan empunya..Sebenarnya sesuatu nilai seni itu sama ada design mahupun fotografi,ia perlulah dinilai bersesuaian dengan kemahiran yang jelas..bukan secara kebetulan atau andaian jiwa sahaja..(just pendapat peribadi)...
InsyaAllah, blog saya selepas ini memerlukan kritikan yang membina dari sahabat-sahabat..
"baru berjinak-jinak dengan DSLR"


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Teruskan membaca.... Read more

Isnin, 15 Mac 2010

AL-QURAN PER KATA


DAPATKAN SEGERA AL-QURAN TERJEMAH PER KATA YANG DILENGKAPI JUGA DENGAN TERJEMAHAN LENGKAP DI SEKELILING MUKA. JUGA DISERTAKAN DENGAN ASBAB AL-NUZUL.
BACALAH, FAHAMILAH DAN TADABBUR!!.
BOLEH AMBIL TEMPAHAN DARIPADA SAYA DENGAN HARGA YANG AKAN SAYA MAKLUMKAN MELALUI SMS..SILA SMS 019-5105029 ATAU CALL TERUS ATAU EMELKAN KE m_faeezy@yahoo.com
STOK TERHAD!!

Teruskan membaca.... Read more

Sabtu, 13 Mac 2010

TAHNIAH




Syabas diucapkan kepada adik-adik yang berjaya mengharumkan nama SMUK di dalam keputusan SPM dan STAM baru-baru ini. Semoga kejayaan tersebut menjadi perangsang untuk adik-adik yang lain supaya terus berusaha dan menggemilangkan SMUK. Semua ini adalah hasil penat lelah warga pendidik SMUK yang tidak pernah kenal erti jemu dan letih dalam mencurahkan ilmu mereka. Ingatlah wahai adik-adik sekalian, sesuatu kejayaan itu tidak bermakna jika ianya tiada keberkatan.

Teruskan membaca.... Read more

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP