Related Posts with Thumbnails
Memaparkan catatan dengan label ILMIAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ILMIAH. Papar semua catatan

Khamis, 18 Disember 2008

PENGALAMAN


Pengalaman selama 4 tahun di bumi Mesir terlalu banyak..
cuma entry kali ni nak berkongsi tentang sistem peperiksaan dan mungkin sedikit pandangan peribadi mengenai tip-tip untuk lulus...

Setiap tahun akhir bulan 12, maka bermulalah exam sem 1..masa tu la ramai yang tak senang duduk..bagi pengalaman aku di tahun 1, mungkin amat mengerikan..sebabnya aku masih terbawa-bawa cara study semasa di Malaysia..iaitu study last minute..
mungkin aku ingat ia cepat masuk tapi memang pon..
cuma sukatan yang diberi doktor terlalu banyak dan tidak boleh main pakai target saja..

UISSHH....takut gila bila teringatkan masa mula-mula dulu..sampai tak tido malam..banyak muqarar tak hapai lagi..

Selalunya klu kat Malaysia, mesti semua ada dalam pala otak..harfun bi harfin walaupon ada tak paham..tapi, bila ja hari peksa iaitu kat sini masa first time dulu, aku dah demam...aku taktau apa yang doktor nak..jawab semuka ja satu soalan besar..begitu la dalam paper2 lain..

Masa kat Malaysia, result akan tau dalam 2 bulan ja..tapi kat sini kena tunggu sampai sem 2 dan diumumkan dengan subjek2 sem 2..mana boleh tunggu..gelisah la, takut ada subjek tak lepas untuk sem 1...lama nak tunggu..setengah tahun..
tapi itulah Al-Azhar, banyak ajar benda tersirat..erti sabar, hikmah dan benda-benda lain yang memerlukan kita untuk pikir.

Bila pikir semua tu, aku lupakan masalah tu, yang penting pulon untuk sem 2 plak...kali ni rajin sikit pi kuliah dan lebih mementingkan kelas tutorial yang diajar oleh senior2.

Yang aku rasa study paling berkesan adalah STUDY GROUP..penggeraknya adalah sahabat baik aku ..::NORHAN::..
Di situlah banyak membantu untuk memahami kitab dan sama-sama menolong kawan2..insyaallah, silap faham terhadap sesuatu terjemahan atau tafsiran dapat dielakkan. Sesungguhnya Allah akan mempermudahkan mereka yang saling bantu-membantu..

Sepertimana sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah sentiasa menolong hambaNya selagi mana hambaNya itu menolong saudara-saudaranya.

Syukur alhamdulillah, walaupun di tahun 1, aku banyak menghafal daripada memahami, tetapi aku boleh membuat kesimpulan, penghafalan itu penting bagi kami yang berada di kuliah lughah..aku sabar menunggu result dan akhirnya lulus semua madah di tahun itu..begitulah seterusnya 3 tahun selepas itu...

Secara khulasahnya untuk lulus di Al-Azhar (dari aspek peperiksaan) :
1. Perbetulkan niat
2. Selalu ke kuliah
3. Pastikan ada rujukan kawan arab untuk menyalin apa yang penting
4. Study group
5. Bincang soalan-soalan yang lepas
6. Dalam kertas jawapan, mulakan dengan pembukaan
7. Hadir kelas tutorial
8. Pastikan semua muqarar dihabiskan seminggu sebelum peperiksaan
9. Jangan pilih kasih terhadap subjek (cuba tumpu lebih madah yang payah atau kurang minat)
10. Rajin bertanya walaupun sekecil-kecil perkara (soalan munasabah)

Itu merupakan persediaan zahir sahaja..Ada persediaan yang paling penting lagi iaitu daripada segi rohani dan mental...yang kita mungkin lalai dengannya..

1. Taqarrub kepada Allah
Solat hajat, selalu baca quran, berzikir dan lain-lain amalan sunat..Gandakan!!

2. Hubungan dengan kawan2 mesti jaga..saling maaf dan tolong-menolong..jangan mudah cari pasai!!

3. Doa mak ayah..PENTING SANGAT!!...aku ingat dulu sebelum pi peksa, aku akan tepon..klu tak boleh buat pon, pastikan mak ayah tahu kita tgh peksa!!berkat doa mak ayah.

Itu serba sedikit gambaran, kalau nak ikutkan pengalaman dalam menjawab soalan-soalan, untuk lulus setakat jayyid -cuba jawab dan jangan biarkan kosong- walaupun ia sedikit..yang penting tepat jawapan yang diberi...syarah rasanya tak diperlukan sangat. Tetapi kalau nak target MUMTAZ, kenalah hafaz banyak sikit..untuk mudah menghafaz, selain amalan rohani, kita perlulah memahami apa yang kita hendak hafalnya..kalau tak ingat semua, boleh tambah ayat-ayat sendiri....

KEFAHAMAN DAN HAFAZAN MERUPAKAN ASAS PENTING UNTUK LULUS...TAPI, BAGAIMANA NAK BAGI MUDAH??..HA, KENA LA BUANG SIFAT MALAS, EGO DAN TAK LARAT....!!!
nak buang camna?..


MALAS -tengok semangat kawan2 yang rajin, banyakkan amalan sunnah, selalu tepon keluarga dan kawan ngan orang malas (mungkin kita rasa rajin sikit untuk lebih daripada dia)


EGO - ni yang payah sekali nak buang...kadang2 benda ni yang menjadikan kita jahil murakkab. taktau makna, takmau tanya..taktau cara jawab, takmau tanya..kawan2 ajak study, anggap tak bagi kesan mana pon...ha, cuba muhasabah!!!!


TAK LARAT- memang payah gak tambah-tambah musim sejuk..muqarar banyak...bahasa yang tinggi...semua ni kena muhasabah gak.. ORANG LAIN LARAT KENAPA KITA TAKLEH LARAT??!!


Syukur Alhamdulillah, walaupun aku lulus cukup makan sahaja untuk habis B.A di Al-Azhar, sekurang-kurangnya 4 tahun aku habiskan...memang banyak masa yang terbuang, kalau diikutkan 4 tahun jika digunakan betul-betul, setahun sahaja dapat diibaratkan untuk mendapat segulung ijazah..3 tahun lagi, pelbagai ilmu luar boleh diambil..terlalu banyak..cuma terletak kepada individu bagimana dia bijak mencari peluang tersebut.

Ingatlah, untuk menjadi ulamak bukannya mudah..maksud aku ulamak yang mutqinin dan mampu membawa risalah Nabi-nabi dan manjadi pewaris mereka...Hati perlu dijaga...kalau hendak mengejar segulung ijazah, ia suatu perkara yang amat kecil bagi mereka...Bukan aku katakan peperiksaan itu kecil, tetapi jika kita merasakan tanggungjawab kita besar, tentulah tiada menjadi masalah untuk kita memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan..Itulah yang aku katakan tadi, niat perlu diperbetul, bukan semata-mata sijil, tetapi ilmu yang diajar dan perlu diamalkan..peperiksaan merupakan wasilah dan penilaian sahaja. JIKA KITA ITQAN DENGAN ILMU YANG KITA PELAJARI, NESCAYA PEPERIKSAAN TIADA MENJADI MASALAH KEPADA KITA...cuma mungkin teknik menjawab...

PERCAYALAH, ALLAH AKAN MEMPERMUDAHKAN HAMBA-NYA YANG NIATNYA HANYALAH KERANA ALLAH SEMATA-MATA...........

Itulah sedikit pandangan mahupun perkongsian peribadi...Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada 2 sahabat rapatku di Malaysia iaitu Lukman dan Firdaus kerana baru sahaja menamatkan pengajian B.A mereka di UIA...Semoga ia menjadi pencetus semangat kepada rakan-rakan yang belum grad dan juga kepada adik-adik...
INSYAALLAH, KITA JUMPA DI MALAYSIA TAHUN HADAPAN....


Teruskan membaca.... Read more

Rabu, 17 Disember 2008

PERSEDIAAN


Ohh...dah agak lama tak "merapu" dalam blog ni...
memang tak tahu nak tulis apa..
mungkin disebabkan perasaan ternanti-nanti nak balik malaysia kot..
jadi hati ni jadi runsing sikit..
Syukur Alhamdulillah, awal bulan januari tahun depan, aku akan berhadapan dengan realiti sebenar masyarakat Malaysia..
sebelum ini jika berada di bumi Mesir, mungkin aku tahu mengenai apa yang terjadi di peringkat negara mahupun sekecil-kecil perkara melalui medium elektronik sahaja, dan ia tentu berbeza jika terjun ke realiti yang sebenar..
Jadi, persediaan mental, rohani dan fizikal menjadi asas untuk ke arah itu..
pelbagai masalah masyarakat yang sememangnya menjadi tanggungjawab Azhari khususnya yang diberi kepercayaan oleh masyarakat terutamanya orang kampung.
Mereka inilah akan membawa masyarakat dalam mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya di dalam kehidupan.
Bukannya peranan terpikul di bahu mereka sahaja, tetapi yang aku maksudkan adalah peranan mereka lebih besar.
Tetapi persoalannya adakah mereka yang telah tamat pengajian mampu untuk menggalas tanggungjawab itu?
Jawapannya ada pada diri sendiri...
Apapun sebelum mengislah masyarakat, diri-sendiri perlulah diperbaiki.

Teruskan membaca.... Read more

Selasa, 4 November 2008

CONTOH KHUTBAH

AMANAH SUATU TUNTUTAN

الْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِاللهِ مِن شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِن سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا, مَن يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَن يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ، .وَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ُوَحْدَهُ َلاشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.


أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللهِ
يَأَيُّهَا الَّذِيْنَ أَمَنُوْا اتَّقُو اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
أُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِيْ بِِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T Sekalian,
Saya mengingatkan diri saya serta hadirin sekalian, marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Firman Allah S.W.T yang mafhumnya “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Tuhan kamu ialah orang yang paling takut kepada-Nya iaitu bertaqwa”.Mudah-mudahan kita ditempatkan di dalam golongan tersebut. Mimbar kita pada hari ini akan membicarakan tentang tajuk “AMANAH SUATU TUNTUTAN”.

Sidang Jumaat Sekalian,
Sifat amanah merupakan tuntutan yang mesti dilaksanakan oleh setiap mukmin. Amanah mempunyai pengertian yang luas dan bukan terhad kepada urusan kebendaan sahaja. Amanah yang paling besar adalah menjaga hak Allah S.W.T dan agama Islam itu sendiri. Firman Allah S.W.T surah An-Nisa' ayat 58 yang berbunyi :

* ¨bÎ) ©!$# öNä.ããBù'tƒ br& (#r–Šxsè? ÏM»uZ»tBF{$# #’nÎ) $ygÎ=÷dr& #sŒÎ)ur OçFôJs3ym tû÷üt/ Ĩ$¨Z9$# br& (#qßJä3øtrB ÉAô‰yèø9$$Î/ 4 ¨bÎ) ©!$# $­KÏèÏR /ä3ÝàÏètƒ ÿ¾ÏmÎ/ 3 ¨bÎ) ©!$# tb%x. $Jè‹Ïÿxœ #ZŽÅÁt/ ÇÎÑÈ
Yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.



Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah bahawa amanah merupakan kewajipan yang perlu kita tunaikan dan tidak boleh dianggap sebagai perkara yang remeh-temeh. Menjaga amanah Allah S.W.T bererti menjaga setiap amalan dan kurniaan-Nya dengan sebaiknya. Ibadah solat mestilah ditunaikan pada waktunya, dan dikerjakan dengan sempurna rukun dan syaratnya. Begitu juga ibadat puasa, haji dan zakat, ia mestilah ditunaikan dengan penuh rasa kehambaan dan mengikut apa yang diperintahkan. Jika yang demikian itu, nescaya amanah tersebut telah dilaksanakan. Setiap saat dan pergerakan kita adalah amanah.Lidah kita adalah amanah yang perlu kita pelihara daripada berbohong, mengumpat dan mencaci orang lain, mata kita adalah amanah untuk melihat sesuatu yang halal, begitu juga telinga kita yang diamanahkan kepada kita untuk mendengar perkara-perkara yang baik lebih-lebih lagi untuk mendengar kalam Allah S.W.T yang menjadi panduan hidup kita.Begitulah seterusnya tangan, kaki dan kurniaan Allah yang lain, semuanya adalah amanah yang wajib kita pelihara daripada segala perkara yang mengundang kemurkaan-Nya.
Selain itu, hak sesama manusia juga merupakan tuntutan amanah yang perlu kita titikberatkan. Sesuatu urusan atau perkara yang diamanahkan kepada kita untuk menjaganya adalah wajib dipenuhi dan ini dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W di dalam hadis baginda yang berbunyi

" أَدِّ الأَمَانَةَ إِلَى مَنِ ائْتَمَنَكَ ، وَلاَ تَخُنْ مَنْ خَانَكَ "
(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Bermaksud :
"Tunaikanlah amanah kepada orang yang mengamanahkan kepadamu dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu''.

Demikianlah juga firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Anfal ayat 27 yang berbunyi

$pkš‰r'¯»tƒ z`ƒÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw (#qçRqèƒrB ©!$# tAqß™§9$#ur (#þqçRqèƒrBur öNä3ÏG»oY»tBr& öNçFRr&ur tbqßJn=÷ès? ÇËÐÈ
Yang bermaksud :
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Jika melihat kepada keadaan masyarakat hari ini, terlalu banyak kepincangan dan masalah yang berlaku terutamanya di dalam institusi kekeluargaan sehinggalah di dalam urusan pentadbiran negara.Amanah seorang suami terhadap keluarganya merupakan amanah yang perlu dipelihara baik daripada segi nafkah zahir dan batinnya. Seorang isteri juga wajib menjaga amanah suaminya dengan menjaga maruah diri serta mendidik anak-anak di rumah dengan penuh kasih sayang. Begitu juga anak-anak perlu menunaikan tanggungjawab terhadap kedua ibubapa mereka dengan membahagiakan serta mendoakan kesejahteraan mereka. Jika amanah ini sama-sama dipelihara oleh setiap ahli keluarga, nescaya institusi kekeluargaan akan kukuh dan mencapai konsep rumahku syurgaku.

Selain itu, masalah yang kerap kali kita lihat adalah penyelewengan yang berlaku di dalam institusi pekerjaan seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, penipuan wang, dan banyak lagi. Ini semua adalah kesan daripada kurangnya didikan agama dan menganggap amanah yang diberikan adalah perkara ringan tanpa memikirkan akibat daripada memakan harta yang haram hasil daripada penyelewengan tersebut. Ketahuilah, sesungguhnya harta atau makanan yang kita belanjakan daripada sumber yang haram bukan sahaja memberi kesan kepada ibadah kita bahkan zuriat kita nanti akan dibesarkan daripada sumber yang haram. Maka semua ini berkaitan rapat dengan masa depan dan akhlak anak-anak kita.
Allah menegaskan di dalam firman-Nya di dalam surah Al-Baqarah ayat 172
$yg•ƒr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=à2 `ÏB ÏM»t6ÍhŠsÛ $tB öNä3»oYø%y—u‘ (#rãä3ô©$#ur ¬! bÎ) óOçFZà2 çn$­ƒÎ) šcr߉ç7÷ès? ÇÊÐËÈ
Yang bermaksud :
Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.

Jelaslah di sini bahawa sesuatu yang halal itu adalah apa-apa yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dan kita memperolehinya melalui cara dan usaha yang betul.
Bila kita membicarakan tentang kelayakan untuk menanggung sesuatu amanah di dalam sesuatu urusan, kerana menurut hadis Rasulullah S.A.W. yang berbunyi :
عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قُلْتُ يَارَسُولَ اللهِ أَلاَ تَسْتَعْمِلُنِي – أَيْ أَلاَ تُعْطِينِي وِلاَيَةً أَوْ إِمَارَةً – قَالَ: فَضَرَبَ بِيَدِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى مَنْكِبَيَّ ثُمَّ قَالَ: ((يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيْفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةٌ، وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وِنَدَامَةٌ إِلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ))
" Daripada Abu Zhar, dia berkata : " Saya berkata " : Ya Rasulullah mengapa engkau tidak memilih saya?, Lalu baginda menepuk bahu saya dengan tangannya sambil bersabda," Wahai Abu Zhar, engkau seorang yang lemah, sedangkan itu sebagai amanah yang pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi tanggungjawabnya".

(Riwayat Muslim)

Jelaslah di dalam hadis tersebut bahawa amanah hendaklah diberikan kepada orang yang benar-benar boleh melaksanakannya.

Di dalam urusan pentadbiran, sesuatu amanah itu hendaklah diberikan kepada orang yang betul-betul layak seterusnya tuntutan agama dapat dilaksanakan dengan sempurna di dalam urusan pemerintahan.
Dalam satu hadis Rasulullah S.A.W. digambarkan bahawa kemusnahan akan berlaku sekiranya amanah diberikan kepada orang yang bukan ahlinya. Hadis tersebut yang berbunyi

فَقَدْ جَاءَ عَنِ النَّبِيِّ أَنَّ رَجُلاً سَأَلَهُ عَنِ السَّاعَةِ فَقَالَ: ((إِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ، فَقَالَ: وَكَيْفَ إِضَاعَتُهَا؟ قَالَ: إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ لِغَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ))

Yang bermaksud : Seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.A.W., bertanya tentang
" bilakah terjadi kiamat ". Rasulullah S.A.W menjawab : yang bermaksud : " Apabila hilang amanah, tunggulah kiamat itu. Orang itu bertanya lagi : Bagaimanakah keadaan itu berlaku ? jawab Rasulullah S.A.W. : " iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamatnya (kerosakan).

(Riwayat Bukhari)

Oleh yang demikian, kita perlulah memilih pemimpin yang adil serta layak untuk memikul amanah Allah S.W.T seterusnya menjadikan negara kita sentiasa berada di bawah keredhaan-Nya.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,
Amanah adalah sangat berat untuk dipikul dan menjadi kewajipan kita semua untuk melaksanakannya jika diberi kepercayaan. Bebanan tersebut digambarkan di dalam firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Ahzab ayat 72 yang berbunyi
$¯RÎ) $oYôÊttã sptR$tBF{$# ’n?tã ÏNºuq»uK¡¡9$# ÇÚö‘F{$#ur ÉA$t6Éfø9$#ur šú÷üt/r'sù br& $pks]ù=ÏJøts† z`ø)xÿô©r&ur $pk÷]ÏB $ygn=uHxqur ß`»¡RM}$# ( ¼çm¯RÎ) tb%x. $YBqè=sß Zwqßgy_ ÇÐËÈ
Yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan.

Persediaan daripada segi tenaga dan ilmu merupakan elemen penting untuk melaksanakan sesuatu amanah.Sesungguhnya asas ilmu dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T akan memudahkan seseorang untuk memikul sesuatu amanah kerana menyedari tentang akibat khianat serta peringatan-peringatan yang menegah kepada perbuatan khianat. Sabda Rasullullah S.A.W yang berbunyi

آيَةُ المُنَافِقِ ثَلاَثٌ : إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ, وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ " "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang bermaksud:
"Ciri-ciri orang munafiq terbahagi kepada tiga iaitu apabila berbicara, dia berdusta, dan apabila dia berjanji, dia memungkiri janji tersebut dan apabila diberi amanah, dia mengkhianati amanah tersebut."

Sesungguhnya jelas di dalam hadis tersebut bahawa perbuatan khianat merupakan salah satu sifat orang yang berpura-pura beriman daripada segi zahirnya sedangkan hatinya kufur. Moga-moga kita dijauhkan daripada sifat khianat tersebut.

Di dalam riwayat yang lain, Rasullullah S.A.W bersabda yang berbunyi

" لاَ إِيمَانَ لِمَنْ لاَ أَمَانَةَ لَهُ ، وَلاَ دِينَ لِمَنْ لاَ عَهْدَ لَهُ "
(Riwayat Imam Ahmad)


Yang bermaksud:
" Tidak sempurna iman seseorang yang tidak dapat dipercayainya. Dan tidak sempurna agama orang yang tidak menunaikan janji".


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T Sekalian,
Untuk memenuhi tuntutan amanah, manusia hendaklah berlumba-berlumba menunaikan tugasnya dengan tegas dan bersungguh-sungguh serta melaksanakannya dengan ikhlas semata-semata kerana Allah S.W.T dan bukannya untuk disanjung dan dipuji oleh orang lain. Sesungguhnya Allah S.W. T telah menggolongkan mereka yang menjaga amanah adalah daripada kalangan orang yang beriman sebagaimana firman-Nya di dalam surah Al-Mukminun ayat 8 yang berbunyi
tûïÏ%©!$#ur öNèd öNÎgÏF»oY»tBL{ öNÏdωôgtãur tbqããºu‘ ÇÑÈ
Yang bererti :
dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya;

Sudah tentu kita ingin tergolong daripada kalangan hamba-Nya yang beriman dan ketahuilah, sesungguhnya orang yang beriman itu akan dikurniakan balasan yang penuh dengan kenikmatan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Saidina Ali Karamallahu Wajhah pernah berkata :

أَدَاءُ الأَمَانَةِ مِفْتَاحُ الرِّزْقِ " "

Yang bererti : “Menunaikan amanah merupakan kunci rezeki”

Sebagaimana kita telah maklum, sesungguhnya pintu rezeki kita sentiasa terbuka jika kita memenuhi tuntutan dan kepercayaan yang diberikan kepada kita khususnya di dalam soal pekerjaan. Kita tidak perlu bimbang soal pekerjaan kerana kepercayaan orang lain terhadap kita untuk melaksanakan sesuatu perkara telah terbukti jika kita benar-benar bersifat dengan sifat amanah ini.

Akhir sekali, mimbar kita pada hari ini ingin menyeru kepada sidang hadirin sekalian supaya berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah kerana ia adalah sebesar-besar amanah yang dituntut kepada kita dan sama-samalah kita mengamalkan segala yang diperintahkan dengan penuh kehambaan dan ketaqwaan.Jika amanah ini dipenuhi, nescaya kesannya bukan kepada individu sahaja bahkan kepada semua masyarakat dan negara sekaligus melahirkan masyarakat yang hidup aman dan harmoni serta diberkati oleh Allah S.W.T.
اللَّهُمَّ اجْعَلْنَامِنَ tûïÏ%©!$#u öNèd öNÎgÏF»oY»tBL{ öNÏdωôgtãur tbqããºu‘

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

MOHD FAUZI BIN ABDUL HAMID
KULIAH BAHASA ARAB
UNIVERSITI AL-AZHAR, KAHERAH, MESIR

Teruskan membaca.... Read more

Khamis, 2 Oktober 2008

MADRASAH TARBIAH DAN HARI KEGEMBIRAAN

Ramadan baru sahaja berlalu...Huh, sedihnya...terasa sekejap sahja Ramadhan kali ini.Bulan penuh keberkatan serta rahmat ini merupakan medan tarbiah jiwa bagi setiap individu Muslim. Adakah kita telah menunaikan kewajipan sebaiknya pada Ramadhan kali ini dengan amalan-amalan yang lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain atau sebaliknya? Jika amalan yang kita gandakan itu ikhlas, nescaya medan tarbiah ini telah membuahkan hasil. Ini dapat dilihat dengan istiqamah dalam melakukan amalan2 tersebut selepas Ramadhan..Teruskan menggandakan amalan dan ingatlah, disebalik kita menyambut hari kemenangan ini, janganlah lupa kepada insan yang kurang bernasib baik..Bagi sahabat-sahabt di Yaman atau di Malaysia, di sini ada beberapa gambar sambutan Aidilfitri kami di bumi Mesir..di kesempatan ini juga, ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,MAAF ZAHIR DAN BATIN..








Teruskan membaca.... Read more

Ahad, 31 Ogos 2008

RAMADHAN LAGI...



ASSALAMUALAIKUM WRT. WBT.
Esok, Isnin, kami di Yaman akan mula berpuasa..tentu suasananya berbeza dengan tempat yang sebelum ini ana pernah menyambutnya.Nak tahu semua itu, kena tunggu ana merasainya dulu...apapun malam ini akan bermulalah solat terawih yang kan diimamkan sendiri oleh Habib Omar iaitu pengasas DarulMustafa di mana malam Ramadhan di sini akan dihidupkan sehinggalah subuh...Apapun ana mengharapkan sahabt-sahabat sekalian agar gunakanlah peluang Ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya..
sepertimana sabda Rasullallah S.A.W yang mafhumnya "Sesiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu"..

Teruskan membaca.... Read more

Selasa, 26 Ogos 2008

RAMADAN


Allahumma balligna ramadhan.....tinggal beberapa hari saja lagi bulan penuh keberkatan akan kita nikmati..tentu di sana banyak perancangan dan azam bagi kita seorang mukmin untuk memperbanyakkan amal ibadah serta menggandakannya. Tapi adakah azam tersebut benar-benar akan kita laksanakan, itu terletak kepada individu itu sendiri..insyaallah, jika kita betul-betul berazam, nescaya Allah akan mempermudahkannya. Bulan ramadan merupakan satu medan tarbiah yang utama untuk menguji kesabaran, keimanan dan keikhlasan seseorang. Pada bulan inilah, turunnya Al-Quran dan terdapat di dalamnya malam yang lebih baik baik daripada seribu bulan. Kita dituntut untuk memperbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir seperti qiamullail, tadarus Al-Quran, berseekah dan banyak lagi..
Ayuh, wahai muslimin, kita cuba jadikan Ramadan kali ini padat dengan ibadah serta jauhkanlah daripada keasyikan dunia. Mungkin ini merupakan Ramadan yang terakhir bagi kita........

Teruskan membaca.... Read more

Khamis, 19 Jun 2008

SELAWAT KE ATAS NABI KELEBIHAN DAN RAHSIA (PART 1)


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً


56. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.

Sebab penurunan ayat tersebut : Imam Al-Wahidi menyebut di dalam kitab
(أسباب النزول) daripada Kaa’b bin A’jzah R.A berkata : Telah ditanya kepada Rasulallah S.A.W : Sesungguhnya kami telah mengetahui tentang salam ke atas kamu maka bagaimana pula tentang selawat ke atas kamu? Maka turunlah ayat yang tersebut di atas.


Tafsir ayat tersebut :

Sesungguhnya diutuskan Rasulallah S.A.W dengan segala kebaikan kepada umat sebagai pembawa khabar gembira bagi orang-orang yang beriman dan pembawa peringatan kepada orang-orang yang kufur. Baginda sangat menginginkan hidayah terhadap umat sepertimana firman Allah S.W.T :


لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ -التوبة


128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.

Dan kita melihat betapa sayangnya Rasulallah kepada umatnya ketika diturunkan kepadanya

وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى -الضحى

5. Dan Sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga Engkau reda - berpuas hati.

Setelah turunnya ayat ini, baginda tidak mengambil harta kekayaan mahupun memikirkan perkara-perkara yang menguntungkan diri baginda sendiri tetapi apa yang diinginkan oleh Rasulallah hanyalah umatnya iaitu baginda tidak akan tenang jika terdapat seorang daripada umatnya yang berada di dalam neraka.


Rasulallah begitu mengambil berat tentang umatnya, jadi semestinya bagi mereka berselawat ke atas baginda kerana setiap kebaikan yang diperolehi oleh baginda meliputi kepada semua umatnya dan ia merupakan keberkatan ke atas mereka. Oleh itu, turunlah ayat tersebut.


Allah S.W.T telah mengkhabarkan kepada orang-orang mukmin tentang kelebihan Rasulallah S.A.W serta kemuliaan baginda dan telah mengangkat kemuliaan tersebut dengan selawat ke atas baginda. Imam As-Sawi berkata : Ayat ini merupakan sebesar-besar dalil bahawa Rasulallah S.A.W merupakan pembawa rahmat dan sebaik-baik makhluk yang tiada bandingnya berdasarkan selawat daripada Allah S.W.T ke atas baginda yang merupakan suatu rahmat daripada-Nya beserta pengangungan ke atas baginda.Manakala selawat daripada Allah S.W.T ke atas selain baginda, hanyalah semata-mata rahmat daripada-Nya seperti firman Allah S.W.T

هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيماً-الأحزاب

43. Dia lah Yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya Yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah ia sentiasa melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang Yang beriman (di dunia dan di Akhirat).

Jadi di sini, kita dapat melihat perbezaan antara selawat tersebut dan kelebihan antara kedudukan Rasulallah daripada selain baginda.


Allah S.W.T memuliakan para malaikat-Nya dan orang-orang mukmin yang berselawat ke atas baginda kerana mereka sama-sama mengikut Allah S.W.T dalam berselawat ke astas baginda dan menzahirkan ketinggian Rasulallah. Sesungguhnya hikmah selawat ke atas baginda tidaklah melainkan sebagi tanda kasih sayang dan terima kasih terhadap apa yang dilakukan Rasulallah kerana bagindalah yang merupakan penghubung terhadap segala nikmat yang sampai kepada kita.


Maka datanglah perintah Allah di dalam ayat tersebut yang boleh difahami dengan lebih jelas seperi berikut : Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah ke atas Rasulallah, agungkanlah segala yang berkaitan dengan baginda, ikutlah syariatnya, banyakkan selawat dan salam ke atas baginda, maka sesungguhnya hak baginda ke atas kamu amatlah besar, bilamana kamu melaksanakannya, nescaya kamu tidak akan dapat menunaikan haknya, dialah penyelamat kamu daripada kesesatan kepada hidayah yang benar, dan melaluinya Allah S.W.T mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya keimanan, dan dialah tempat berlindung kamu pada hari akhirat kelak, maka ungkapkanlah ketika mana disebut nama baginda yang mulia dengan lafaz “اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا”

KELEBIHAN DAN RAHSIA-RAHSIANYA
As-Syeikh Abdullah Sirajuddin menghuraikan ayat ini bahawa sesungguhnya Allah S.W.T memerintahkan orang-orang mukmin supaya berselawat ke atas baginda S.A.W dan tidak ke atas Nabi-nabi yang lain untuk menjelaskan kepada mereka tentang kelebihan Rasulallah S.A.W berbanding nabi-nabi yang lain.





Teruskan membaca.... Read more

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP