Isnin, 21 September 2009
Jumaat, 24 Julai 2009
BERAKHIRNYA REJAB

Mungkin pelbagai rancangan bermain di dalam kepala sebelum pulang ke Malaysia. Semua graduan mengalami situasi sedemikian. Ada yang ingin menyambung pengajian secara direct tanpa bekerja terlebih dahulu dan ada yang ingain terus bekerja dan juga ada yang ingain menyambung pelajaran sambil bekerja. Bagi saya, ia terserah kepada individu masing-masing. Cuma apa yang penting, ianya perlulah tidak lari daripada matlamat asal kita belajar di Al-Azhar khususnya, iaitu untuk mempraktikkannya untuk semua orang. Ingatlah, ilmu akan menjamin kebahagiaan hidup kita jika kita memanfaatkannya.
Bermulalah episod saya setelah pulang ke Malaysia. Pada mulanya tidak mahu meminta sebarang kerja yang melunturkan semangat untuk sambung master. Maksudnya terikat dengan sesuatu pekerjaan yang tetap mungkin menjejaskan komitmen untuk terus belajar ke peringkat tersebut. Tetapi ia adalah pendapat saya sahaja.
Berkhidmat sebagai guru ganti di SABK Fauzi, Yan banyak meninggalkan pengalaman yang baru. Gelagat anak murid yang inginkan manhaj pengajaran yang menimbulkan minat khususnya pengajaran bahasa arab telah membuatkan saya terfikir untuk berkongsinya bersama mereka. Bahasa arab memerlukan minat yang mendalam. Kita selalu menyebut dan sedia maklum bahawa ianya adalah bahasa Al-Quran, bahasa syurga dan lain-lain tetapi kenapa masih ramai tidak minat dengan bahasa tersebut? Apapun minat merupakan asas penting untuk mempelajari sesuatu. Minat boleh dipupuk melalui persekitaran dan kesedaran. Alhamdulillah, walaupun tidak sampai 2 bulan saya berkongsi ilmu dengan mereka, mereka sedikit sebanyak boleh menerima kenyataan bahawa bahasa arab adalah penting untuk diaplikasikan dalam memahami ilmu agama. Jutaan terima kasih kepada pengetua dan semua warga SMAF kerana banyak membantu saya. Jutaan kemaafan juga diucapkan kerana tidak sempat berkunjung ke sana. Insyaallah hubungan yang terjalin tidak akan putus.

Selepas itu, saya masih menanam tekad untuk terus menunggu permohonan pengajian master di USIM yang akan saya daftar pada awal bulan Julai. Namun masih terlalu awal untuk menunggu. Jadi saya mengisi masa yang ada dengan mengajar kelas-kelas tambahan dan sampailah pada suatu hari, sahabat saya memaklumkan bahawa jabatan di tempat beliau bertugas iaitu di UM memerlukan seorang pembantu penyelidik. Penyelidikan tersebut memfokuskan tentang bidang hadis iaitu suatu bidang yang agak lain daripada apa yang saya ambil di Mesir. Alhamdulillah, walaupun tidak sampai 2 bulan saya bekerja sebagai RA di UM, pelbagai pengalaman telah dapat diambil. Terima kasih kepada sahabat di sana dan pensyarah-pensyarah khasnya.
Semasa saya menjadi RA di UM, saya mencuba nasib dengan mencari peluang yang dapat menjamin saya menyambung master tanpa bermasalah dalam kewangan. Maksudnya sesetengah IPTA ada menawarkan jawatan tutor/fellowship yang akan ditaja sepenuhnya untuk menyambung pengajian. Alhamdulillah, saya cuba memohonnya di Universiti Darul Iman. Alhamdulillah, semuanya menjadi kenyataan. Sewaktu tawaran tersebut sampai, saya baru sahaja mendaftar pengajian master di USIM. Nampaknya terpaksalah saya menangguh pendaftaran tersebut sehinggalah mendapat cuti belajar daripada UDM. Sekarang saya ditugaskan untuk mengajar di UDM dalam kursus BAHASA ARAB. Tentu banyak perbezaan. Tunggu posting seterusnya……
p/s : sekadar perkongsian pengalaman…….
Jumaat, 26 Jun 2009
Selasa, 10 Mac 2009
HAMPIR TAMAT

Assalamualaikum...
Hampir tamat perkhidmatan guru ganti di SMA Fauzi.GUru yang digantikan akan mengambil alih tugasnya selepas cuti seminggu nanti. Pejam celik2,tak sangka dah nak habis. Banyak pengalaman yang saya dapat di sini. Dengan telatah murid, guru-guru, dan staff sekolah yang menjadi faktor untuk lebih minat dalam bidang perguruan ini. Mungkin plan asal agak terseleweng sikit, tapi plan itu, insyaallah, akan ditangguh dahulu. Banyak pandangan rakan2 dan semua telah mendorong untuk bekerja dahulu, dan saya rasa itulah plan sekarang ini. Kerja sebagai pengajar secara tidak langsung adalah termasuk dalam proses pembelajaran. Ilmu yang diperolehi bukan sekadar melalui kegiatan formal malahan pengalaman bergaul, mengajar dan mempraktikkan apa yang dipelajari sebenarnya inputnya jauh lebih besar.
Insyaallah, jika diizinkan, saya akan mengajar di sekolah yang baru..
Tunggukan posting seterusnya...
Selasa, 10 Februari 2009
TANGGUNGJAWAB

Assalamualaikum semua...sudah lama blog ini tak terupdate..mungkin disebabkan kemalasan dan kesibukan sikit. Syukur alhamdulillah, ana masih diberikan kesempatan dan keizinan untuk terus menuntut ilmu-Nya. Sekarang ana baru sahaja menjadi guru sementara di www.smafauzi.net...tentunya ada sahabat2 ana yang telah tahu, depa kata ana dah buka sekolah sendiri..huhu. Sebenarnya sekolah ini pada asalnya merupakan pondok yang telah diasaskan oleh Hj. Ahmed Fauzi iaitu seorang ulama terkenal di Yan ini..Bersempena nama beliau, maka dinamakan sekolah menengah agama FAUZI.. Berlaku masalah SAR pada suatu ketika dahulu yang telah kita maklum, dengan terhentinya bantuan PERKAPITA dan lain-lain, maka sekolah ini telah menerima tawaran kementerian untuk diserapkan terus di bawahnya. Sekarang sekolah ini telah menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)..Jumlah pelajar dihadkan atas faktor-faktor tertentu berbanding sebelum ini yang jumlahnya agak sedikit. Aktiviti mengajar sekolah ini tentunya mencabar kerana asas ilmu perguruan tiada, tetapi pengalaman persekolahan dulu banyak juga membantu. Jika ilmu penuh di dada, tetapi tidak tahu atau tidak menggunakan manhaj yang sesuai, tentunya ilmu tersebut tidak dapat diterima dengan baik. Aku masih mencari manhaj yang sesuai..ianya memerlukan masa. Ini merupakan amanah yang semestinya ditunaikan dengan baik..
Kecintaan terhadap bahasa arab bukannya hanya disemai melalui sukatan yang diberikan, tetapi ianya mestilah bermula daripada 2 sumber yang penting iaitu Al-Quran dan Al-Hadis. Kita perlu menekankan matlamat kita mengkaji dan mempelajari bahasa arab..tentunya untuk memahami 2 sumber itu. Cuma ia memerlukan peringkat-peringkat. Insya-Allah, ana akan berkhidmat di sini sehingga pertengahan bulan 3, seterusnya membuat plan untuk tesis master..doakan ana istiqamah dengan perancangan ini dan diizinkan oleNya.
Di bawah ini ada beberapa keping gambar yang sempat ana ambil




Ahad, 7 Disember 2008
Khamis, 23 Oktober 2008
DAH KONVO.....
Alhamdulillah, sudah sempurna adat istiadat konvokesyen PMRAM 2008 khas untuk graduan Al-Azhar pada hari Rabu, 22 Oktober 2008.Tak sempat nak tulis apa-apa, cuma ada sebahagian gambar yang ana sempat ambil...












Ahad, 21 September 2008
SELAMAT TINGGAL TARIM.....
Pejam celik, pejam celik, dah hampir 3 bulan aku di bumi Tarim, bumi yang penuh keberkatan dengan ulamak-ulamaknya...bumi yang unik dan tidak pernah aku jumpa sebelum ini...apa yang uniknya?Tarim telah menyingkap dan menzahirkan hadis Rasulallah S.A.W yang mafhumnya : Telah datang kepada kamu penduduk Yaman, di mana mereka itu lembut hatinya, iman itu pada orang Yaman dan juga hikmah iaitu ilmu yang bermanfaat.
Amalan sunnah-sunnah Rasul diamalkan dan kecintaan mereka terhadap Rasulallah amat zahir sekali dengan acara maulidnya yang penuh dengan zikir-zikir dan pujian ke atas nabi S.A.W...
Mengenai suasana Ramadhan di sini, sudah tentunya memberi pengalaman baru bagi aku..berbuka bersama habaib dan amalan-amalan sunat yang dipraktikkan, juga pengajian-pengajian serta tazkirah ramadhaniah banyak memberi kesedaran dan juga menghidupkan suasana ibadat. Semalam, iaitu malam 21 ramadhan, kami yang berada di darulmustofa, telah keluar ke bandar Tarim setelah menunaikan terawih di dar sendiri.Masjid-masjid di sini menunaikan terawih pada jam yang berbeza-beza.Terletak kepada individu itu sendiri untuk menggandakan amalannya. Selepas satu masjid, masjid satu lagi akn melaksanakan terawih..sehinggalah waktu sahur..tentunya pengalaman ini berbeza sekali.
Pada hari Selasa, 23 ramadhan, aku akan meninggalkan bumi Tarim untuk ke Sanaa' iaitu ibunegara Yaman..dan 27 Ramadhan akan terus terbang ke Mesir, iaitu bumi pengajian formalku..sedih jugak nak tinggalkan Tarim ni..apapun aku perlu meneruskan perjuangan aku di Malaysia pulak..Mungkin aku ke Mesir untuk urusan shahadah dan sebagainya kira-kira 2 bulan dan akan pulang ke Malaysia, insyaallah, bulan Disember nanti.
Sabtu, 6 September 2008
GAMBAR KAT YAMAN
INI GAMBAR SEBULAN YANG LALU..GAMBAR TERBARU TAK BOLEH HANTAR LAGI..NAK TAHU PERUBAHAN FIZIKAL, JUMPA KAT MESIR....
Rabu, 13 Ogos 2008
INTIHA' ADDAURAH
Alhamdulillah, sudah selesai daurah selama lebih kurang 40 hari di darulmustafa. Syukur, Allah memberi kesihatan dan kemudahan untuk aku menyertai daurah tersebut. Setelah selesai daurah, kami pergi menziarahi Nabi Allah Hud dan berkampung di sana selama 4 hari. Hari ni...............sambung nanti...
Teruskan membaca.... Read moreKhamis, 31 Julai 2008
PENANTIAN SUDAH BERAKHIR...
"Fauzi, mabruk kau...kau dapat taqdir jayyid"...antara yakin dan kurang yakin bercampur dalam hatiku setelah menerima sms daripada Syakur..tapi perasaan penuh kesyukuran itu tak dapat dibayangkan lagi..."tut..tut..tut.."aku menerima sms daripada best student iaitu zulkhairi (pelajar cemerlang kuliah bahasa arab kaherah).."ana dapat jayyid selepas tarakum..keputusan tahun 4 tak tau lagi..anta plak, ana harap bersabar dan dapat terima kenyataan..."-mesej yang aku terima terus meggelisahkan hatiku yang tersangat gembira tadi..aku terus membalas mesej tersebut dan jawpan yang diberi adalah sama..aku terfikir juga mungkin zul nak mainkan aku...hinggalah aku membuat keputusan untuk bergegas ke pusat internet yang jauh juga daripada asrama..nasib baik dia online..bukan takmau call, mahal dari yaman ke mesir..di awal chatting, zul masih memberitahu bahawa aku memang tak lulus...kena ulang tahun..akhirnya aku mengalah dan memberitahu bahawa ini semua adalah taqdir, dan kesabaran itu adalah asas penting..last2, dia kata "dah taqdir anta dpat jayyid"...bila cakap macam tu, aku rasa macam nak $@$%%*^ dia..tapi apapun syukur alhamdulillah, debaran dan kerisauan yang aku tunggu hampir 8 bulan, diizinkan oleh-Nya untuk aku grad tahun ni...ini semua adalah kurniaan-Nya..juga berkat doa mak ayah yang paling disayangi...tunjuk ajar sahabat-sahabat dan berkat usaha, doa, tawakal...ingat zaman sekolah dahulu, sebelum datang ke Mesir (post akan datang)...
Alhamdulillah, Allah telah memberikan kemudahan untuk aku lulus tiap-tiap tahun di Universiti tertua ini..namun, rasa takut dan tidak layak untuk bergelar graduan Al-Azhar ternyata wujud dalam hatiku...terlalu cetek ilmuku dan belum layak lagi untuk bergelar demikian..jadi, aku harap ianya bukanlah menjadi pengukur untuk menilai seseorang..Insyaallah, akan aku mantapkan diri daripada semasa ke semasa..ilmu agama amat luas..selagi banyak kita belajar, selagi itulah kita merasa ceteknya ilmu kita dan perlu belajar lagi...
Kepada sahabat yang dah grad khususnya sahabat seperjuanganku di kuliah bahasa arab, tahniah diucapkan dan yang belum, jangan putus asa, teruskan menimba ilmu di bumi Mesir dan ikhlaskan niat menuntut ilmu....
Mengenai perancangan lepas ni, jika diizinkan Allah, aku akan tinggal di Yaman mungkin 3 atau 4 bulan lagi, dan balik ke Mesir seterusnya mungkin balik ke Malaysia pada bulan 1 tahun hadapan..Insyaallah, sambung master di Malaysia...
Syukur Alhamdulillah di atas nikmat yang Kau berikan kepada hamba-Mu ini...Kau berkatilah ilmu yang aku pelajari serta sahabat-sahabatku yang sama-sama menuntut ilmu-Mu demi mengharap keredhaan-Mu Ya Allah.......
Teruskan membaca.... Read moreIsnin, 28 Julai 2008
NIKMAT...
Alhamdulillah, hampir sebulan ana kat bumi yaman ni...mungkin di sini serba sedikit pengalaman yang nak dikongsi..untuk pengetahuan, daurah pon dah nak tamat dan sekarang kami tengah menghadapi peperiksaan...ia hanya untuk menguji sejauh mana keterlibatan kami dalam daurah ni..tapi ia bukan merupakan hadaf daurah, yang paling penting dapat melahirkan generasi yang betul-betul mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya...
Minggu depan, kami akan mnyertai program yang dinamakan zirah Nabi Hud.Untuk selanjutnya, tunggu....suasana atau gambaran kehidupan harian di sini bolehlah lawat http://www.assyafie.blogspot.com
Mungkin jika diizinkan Allah, ana akan teruskan misi ana di sini sehingga bulan 11 nanti dan akan pulang ke Mesir untuk urusan sijil Al-Azhar dan kemudian akan meneruskan medan pejuangan ana di Malaysia pula..doakan semoaga dipermudahkan oleh-Nya.......
Teruskan membaca.... Read moreSelasa, 8 Julai 2008
KHABAR TERBARU
Assalamualaikum....genap seminggu ana berada di bumi Yaman..Alhamdulillah, Allah memberi kesihatan dan kemudahan untuk ana menuntut ilmu kat sini walaupun masa yang terhad..semestinya di sini ada perbezaan antara tempat lain, tetapi masing-masing ada kelebihan tersendiri. Jadual untuk daurah ni amat padat, ana menulis kat blog ni pon, curi2 masa saja.
Secara ringkasnya, ana sampai di Sanaa' pada malam selasa dan kami bermalam di cawangan dar-almustofa..kami bertolak ke hadaramaut dengan menaiki bas yang mengambil masa kira-kira 10 jam..nak kata penat, sememangnya penat..tapi semangat tu yang meredakan semua tu..selepas tu, kami diberi bilik penginapan masing-masing..kami semua 7 orang ikhwah..kat darulmustofa, kami jumpa rombongan dari malaysia iaitu tok guru pondok, imam-imam dan lain-lain..banyak lagi yang nak kongsi..tapi masa dah tak cukup..sambung lain nanti...dokan ana sihat dan dipermudahkan segala urusan di sini...wassalam...
Teruskan membaca.... Read more





