Related Posts with Thumbnails

Khamis, 24 April 2008

LAST EXAM...doakan!!

Tak sampai sebulan lagi, imtihan faslussani akan menjelma...mungkin ini imtihan terakhir di bumi mesir ni..harap2 macam tu la (klu tak sambung master kat sini)...
Kepada sahabat2, jadikanlah imtihan kali ini medan muhasabah kita untuk menyedarkan kita sejauh mana penghayatan dan usaha kita mempelajari ilmu di kuliah mahupun di bumi mesir ini...mungkin ada yang menganggap imtihan tidak penting dan mensasarkan keputusan cukup makan saja, tapi, ingatlah kejayaan yang cemerlang menjadi titik tolak untuk kita dalam menyampaikan dakwah kerana zuruf sekarang, kepercayaan masyarakat kepada kita dinilai sedemikian..jadi, buktikan dalam imtihan ini...bagi yang dah bersedia, banyakkan munajat kepada Allah S.W.T dan kepada yang belum, tumpukanlah madah Al-Quran dahulu kerana ia menenangkan hati dan memudahkan kita untuk membaca serta menghafaz madah2 yang lain..

Teruskan membaca.... Read more

Sabtu, 5 Januari 2008

PEKSA..OOHH..PEKSA...








"Kaedah-kaedah yang membolehkan sesuatu hukum syarak dikeluarkan daripada dalil-dalil yang terperinci……"

Ya, itulah perkara pertama yang perlu aku ingat dan faham untuk aku jawab first subject aku hari ni….itulah mafhum bagi subject yang aku ambil tadi. Walaupun ta'rif tu tak ditanya, tetapi itulah perkara asas untuk aku memahami apa itu ilmu usul fiqh. Alhamdulillah, Allah permudahkan untuk aku jawab hari ini…tapi ini baru permulaan, ada 5 subject lagi. Mungkin madah-madah lepas ni lebih memerlukan pembacaan dan penghafalan yang lebih. Hari selasa ni ilmu dilalah..apa itu ilmu dilalah?..Mungkin dapat disimpulkan di sini bahawa ilmu tersebut lebih mendedahkan kita kepada makna-makna lafaz yang mana setiap lafaz bahasa arab menunjukkan maknanya tersendiri yang bersesuaian dengan keadaan, dan bukannya semata-mata makna seerti seperti yang terdapat di dalam kamus. Terlalu banyak perkataan bahasa arab yang susah dan tinggi untuk kita faham..Sesungguhnya untuk menterjemahkan sesuatu bahasa mestilah mempunya pembacaan yang luas lebih-lebih lagi bahasa arab yang terlalu banyak maksud yang tersirat..
Kemudian Sabtu berikutnya, madah Tarikh Adab Arabi Hadis yang membahaskan tentang sastera arab moden…inilah madah teras yang perlu aku ambil sejak tahun 1. Aku akui madah adab ini terlalu sukar untuk aku mamahaminya dengan lafaz dan ibaratnya yang tinggi dan jarang dijumpai..
Seterusnya hari Selasa berikutnya, madah yang aku rasa perlu sangat untuk kami di kuliah bahasa arab untuk betul-betul mempraktikkan bahasa yang kami pelajari iaitu untuk menyingkap maksud-maksud daripada kalam junjungan kita S.A.W…Di situlah hadaf utama kita mempelajari bahasa arab ini…untuk memahami Al-Quran dan hadis Rasul Allah sebagai panduan dan pedoman hidup. Asasnya adalah bahasa arab..
Sabtu seterusnya madah yang ramai juga orang sangkut. Tak tahu kenapa, doktornya adalah dekan kuliah bahasa arab…mungkin pemarkahannya terlalu syadid..
Wallahu a'lam. Yang paling penting usaha, doa dan tawakal..madah tersebut ialah esei penulisan ataupun lebih dikenali dengan qaah bahas. Madah ini mendedahkan mahasiswa bagaimana cara untuk penyediaan tesis di peringkat master dan PHd atau sebarang kajian ilmiah untuk rujukan. Pada tahun ini, kami ditaklifkan untuk membuat bahas yang khusus tentang tatabahasa bahasa arab…
22 Januari ada tarikh akhir peperiksaan semester pertama..mungkin dapat dikatakan madah yang paling sukar untuk aku kuasai …Naqad adabi (kritikan sastera)…Apapun, aku akan cuba memahaminya walaupun tak dapat memahaminya….

اللهم اجعلنامن الناجحين والفائزين والمتفوقين في هذا الامتحان وفي الدنيا والآخرة

Teruskan membaca.... Read more

Isnin, 10 Disember 2007

KULIAH BAHASA ARAB

Kenapa aku pilih kuliah bahasa arab azhar? Kenapa aku tak teruskan pengajian aku di uniiversiti tempatan? Kadang-kadang macam-macam aku pikir…itulah hikmahnya..terlalu banyak aku belajar di negara orang…dulu, masa aku nak pilih kuliah apa yang perlu ambil sebelum datang ke sini, semua syorkan bahasa arab..aku sendiri tak tahu apa yang perlu aku ambil..depa kata orang yang ambil bahasa arab peluang kerja luas..terjamin..orang nak..aku pon fikir, betul jugak…lagipon, ust ngan ustazah yang syorkan jugak..tu yang buat aku semangat…tapi depa kata kuliah ni payah sekali kat azhar…pada mulanya aku takut jugak…aku tak pernah pikir yang aku belajar ni, tujuan utamanya adalah untuk memahami ilmu agama sedalam-dalamnya…tapi bila datang sini, baru aku tahu, bukannya senang ust2 dan ustazah2 aku ngaji..depa nak bagi semangat kat budak2, mungkin secara motivasinya melalui faedah untuk masa depan (kerja dan lain2)…tapi depa tak tekan sangat tentang kelebihan yang akan aku dapat jika betul-betul menguasai ilmu bahasa arab lebih2 lagi ngaji kat azhar…mungkin depa ingin anak murid depa sedar sendiri dan itulah realitinya…kesedaran itu adalah penting untuk merubah diri masing2..soal kerja atau keduniaan, itu soal kedua..yang penting keikhlasan kita menuntut ilmu-Nya dan sejauh mana juhud kita untuk menguasainya…terima kasih kepada semua yang bagi sokongan dan dorongan untuk aku belajar di sini….
Dulu, aku pikir ngaji bahasa arab ni sekadar lulus peksa sahaja…kesedaran tentang betapa peri pentingnya ia sebagai kunci untuk membuka pintu-pintu ilmua agama tak pernah tergambar..tapi, begitulah, semakin banyak kita belajar, semakinlah terbuka minda kita…Cuma aku nak tekankan di sini, kuliah bahasa arab bukan sekadar hafaz syair, kena I’rab, tapi lebih daripada itu…lihatlah, ulama’ terdahulu, ilmu yang mula2 didalami oleh mereka adalah bahasa arab…mungkin segelintir daripada kita mengatakan kuliah bahasa arab ni payah sebab kena hapai banyak syair, ayat2 yang susah, dan banyak madah yang tak boleh nak dipraktikkan dalam masyarakat dan lain2…itu bukan alasannya…setiap ilmu ada tujuannya….Cuma kita sahaja yang perlu menyelidiki sedalam-dalamnya bagaimana nak aplikasikannnya…bagi aku, semua kuliah jika melihat kepada soal payah atau senang, tiada bezanya..yang penting minat dan ikhlas yang kita betul2 nak belajar ilmu dan nak praktik…itu sahaja…
Itulah sedikit kalam ana, dan bukanlah ana katakan ana dah dapat kuasai bidang ni, tapi ingatlah, apa2 bidang pon, ilmunya sangat banyak…perlukan masa…perlukan keazaman…perlukan mujahadah…banyak benda2 yang mempengaruhi kita…penyakit malas terutamanya…..apapun, ikhlaskan niat, sama2 perbaiki diri…
Hazihi tazkirah li wa lakum, sesungguhnya peringatan itu banyak memberi manfaat kepada sesama orang yang beriman…….

Teruskan membaca.... Read more

Selasa, 4 Disember 2007

MUHASABAH....

Bismillahirrahmanirrahim

Al-Azhar…siapa tak kenal..sebut saja perkataan tu, semua sebut mesiq (loghat kedah)..Ulama-ulama kita banyak lahir dari azhar..sudah lama. Azhar masih mengekalkan sistem manual di dalam kebanyakan urusannya. Itulah uniknya universiti yang tertua ni..yang ana respect, terlalu sedikit berlaku kesalahan di dalam urusan pelajar sedangkan jumlah pelajar terlalu ramai..apapun tentang azhar, semua tu tak penting..yang menjadi tanggungjawab kita sebagai azhari ni, kenalah kekalkan identitinya..utamakan ilmu daripada segala-galanya..itulah wasilah untuk kesempurnaan amal..cuba kita lihat ulama terdahulu, ngaji ilmu nak sampaikan kat oghang lain..tak kisah walaupun perit dan payah....
Itulah sedikit luahan daripada ana. Bukannya apa, kadang-kadang kita sebelum datang Mesiq, punyalah berazam nak pulun betul-betul.nak ngaji ilmu agama sebanyak-banyaknya..duit tiket, belanja dan lain-lain terlalu banyak yang diperlukan..luar negara la katakan…tapi bila sampai sini, semangat dah kurang..ana melihat pada diri ana…ana ingin menimbulkan persoalan,adakah ini factor individu atau suasana?mungkin bagi orang yang kuat semangatnya akan menyalahkan individu itu sendiri..bagi yang memang ikutkan hati, tentunya menyalahkan suasana..tapi bagi ana, kedua-duanya memberi kesan…tapi asasnya terletak pada individu itu sendiri bagaimana cara dia dapat menyesuaikan dengan suasana tersebut…semasa ana menaip post ni, ana masih di tahap mencari jalan terbaik untuk mengatasi masalah tersebut..ngaji semakin kurang, dan banyak lagi benda yang kurang…dah tahun 4, tapi kurang…kurang…kurang…
Mungkin ada segelintir yang membaca artikel ini akan mengatakan 'kembang', 'pulun' dan lain-lain…takdak topic lain ka nak send…biarlah oghang nak kata apapun fozi ooiii…yang penting hang sedar yang hang banyak buang masa…sekurang-kurangnya hang tau yang hang ni harapan mak ayah, family, masyarakat dan kawan2…hang pikir la, ngaji mesiq ni kena banyak ngaji luar..kena banyak talaqqi..kena bersihkan hati…pulun pi kuliah walau tak wajib…banyakkan benda kuatkan rohani…makan tu kawal sikit…hati semua oghang kena jaga…

Teruskan membaca.... Read more

Ahad, 2 Disember 2007

ASSALAMUALAIKUM...

Pertama sekali, syukran kepada semua kerana sudi buka blog ni....ana baru sahaja mengupdate dan tentunya blogspot kini lebih mudah...semua disediakan..
ana mengalu-alukan sahabat2 yang belum ada blog tu, boleh mulakan sekarang...
banyak faedah boleh kita lakukan dengan medium blog ni...
pertamanya tentulah cetusan idea dan maklumat yang lahir daripada kita
untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan...bagi yang sebelum ini hanya menggunakan internet untuk penggunaan yang terhad sahaja, bolehlah mula belajar buat blog ni..banyak..banyak kegunaannya.Bagi yang suka menterjemah sebarang bentuk ilmu penulisan, bolehlah pamerkan di blog masing2....setakat ini sahaja untuk muqaddimah...Insyaallah, sebarang artikel yang ana akan show in this blog, harapkan komen dan perbincangan...sekian, wassalam..

Teruskan membaca.... Read more

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP