Related Posts with Thumbnails

Ahad, 31 Ogos 2008

RAMADHAN LAGI...



ASSALAMUALAIKUM WRT. WBT.
Esok, Isnin, kami di Yaman akan mula berpuasa..tentu suasananya berbeza dengan tempat yang sebelum ini ana pernah menyambutnya.Nak tahu semua itu, kena tunggu ana merasainya dulu...apapun malam ini akan bermulalah solat terawih yang kan diimamkan sendiri oleh Habib Omar iaitu pengasas DarulMustafa di mana malam Ramadhan di sini akan dihidupkan sehinggalah subuh...Apapun ana mengharapkan sahabt-sahabat sekalian agar gunakanlah peluang Ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya..
sepertimana sabda Rasullallah S.A.W yang mafhumnya "Sesiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu"..

Teruskan membaca.... Read more

Selasa, 26 Ogos 2008

RAMADAN


Allahumma balligna ramadhan.....tinggal beberapa hari saja lagi bulan penuh keberkatan akan kita nikmati..tentu di sana banyak perancangan dan azam bagi kita seorang mukmin untuk memperbanyakkan amal ibadah serta menggandakannya. Tapi adakah azam tersebut benar-benar akan kita laksanakan, itu terletak kepada individu itu sendiri..insyaallah, jika kita betul-betul berazam, nescaya Allah akan mempermudahkannya. Bulan ramadan merupakan satu medan tarbiah yang utama untuk menguji kesabaran, keimanan dan keikhlasan seseorang. Pada bulan inilah, turunnya Al-Quran dan terdapat di dalamnya malam yang lebih baik baik daripada seribu bulan. Kita dituntut untuk memperbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir seperti qiamullail, tadarus Al-Quran, berseekah dan banyak lagi..
Ayuh, wahai muslimin, kita cuba jadikan Ramadan kali ini padat dengan ibadah serta jauhkanlah daripada keasyikan dunia. Mungkin ini merupakan Ramadan yang terakhir bagi kita........

Teruskan membaca.... Read more

Rabu, 13 Ogos 2008

INTIHA' ADDAURAH

Alhamdulillah, sudah selesai daurah selama lebih kurang 40 hari di darulmustafa. Syukur, Allah memberi kesihatan dan kemudahan untuk aku menyertai daurah tersebut. Setelah selesai daurah, kami pergi menziarahi Nabi Allah Hud dan berkampung di sana selama 4 hari. Hari ni...............sambung nanti...

Teruskan membaca.... Read more

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP