Related Posts with Thumbnails

Sabtu, 31 Oktober 2009

KEHIDUPAN SEKARANG





Pertama sekali, syukur alhamdulillah di atas segala kurniaanNya. Pelbagai peristiwa yang telah berlaku sejak saya pulang dari Mesir. Tentunya sehingga ke saat ini, tempoh saya berada di Malaysia merakamkan banyak pengalaman manis dan tak kurang juga pengalaman pahit.
Terima kasih kepada sahabat saya, Majdan yang telah membantu saya untuk menunjukkan peluang kepada saya di UDM. Apapun semangat untuk menjadi ahli akademik di institusi pengajian tinggi merupakan motivasi untuk saya menyambung pengajian saya ke peringkat lebih tinggi. Walaupun pada mulanya,keazaman untuk meneruskan pengajian peringkat sarjana adalah di Universiti al-Azhar, namun ketentuan dariNya adalah segala-galanya. Alhamdulillah, walaupun tidak dapat sambung di sana, insyaAllah saya akan menyambung di tanahair sendiri dan saya akan menuju ke arah itu pada bulan Julai tahun hadapan. Doakanlah agar dipermudahkan.

Semester satu bagi sesi 2009/10 hampir tamat dan pada 1 November, bermulalah peperiksaan terakhir buat semua pelajar Universiti Darul Iman Malaysia dan saya menganggap sepanjang tempoh semester ini, terlalu banyak pengalaman dan perkara baru yang saya perolehi. Bagi saya kaedah pengajaran dan pembelajaran jika dibandingkan dengan sekolah dan universiti tentunya berbeza. Saya ditugaskan untuk mengajar Bahasa Arab kepada pelajar-pelajar yang telah mempunyai asas di dalam bahasa arab di peringkat SPM. Kesimpulan yang dapat saya buat sepanjang tempoh pengajaran saya lebih kurang 3 bulan di sini memperlihatkan bahawa pelajar-pelajar kebanyakannya berminat untuk menguasai bahasa ini. Namun kaedah pengajaran dan suasana merupakan masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka masih terikat dengan cara pembelajaran di sekolah yang lebih menjurus ke arah "target untuk peperiksaan" yang membawa pelajar kepada menguasai teknik menjawab soalan dan hafalan sahaja tanpa memahami apa yang dipelajari dengan baik khususnya bahasa arab. Tidak dinafikan bahawa segelintir pelajar dapat menguasai dengan baik daripada segi pemahaman dan lain-lain, namun ia adalah angka yang sedikit. Saya dan sahabat-sahabat saya sedang membuat kajian dan usaha ke arah memupuk minat pelajar mendalami bahasa arab mengikut tujuan asal pengajaran dan pembelajaran bahasa arab itu sendiri.

Pelajar-Pelajar BAHTERA semester 1

Pelajar-Pelajar SYARIAH A Semester 1

Pelajar-Pelajar Lelaki SYARIAH A

Pelajar-Pelajar Lelaki USUL B

Pelajar-Pelajar USUL B Semester 1



Pada hari Khamis 22 Oktober adalah merupakan kelas terakhir saya bagi kod kursus bahasa arab ini. Majoriti pelajar-pelajar adalah berlatarbelakangkan pengajian sekolah agama. Tahap semua pelajar lebih kurang sama dan tiada terlalu tinggi dan tiada yang terlalu lemah. Mungkin pada mulanya, saya tidak mendapat gambaran sebanar mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran di universiti di Malaysia, tetapi alhamdulillah, dengan pertongan sahabat-sahabat dan pensyarah yang lain, sedikit sebanyak membantu walaupun tidak mengikuti kursus secara formal.
Pelajar AQSA A Semester 1

Pelajar DAKWAH Semester 1




Pada 24-26 Oktober lalu, saya telah mengikuti bengkel pentaksiran UDM bersama pensyarah-pensyarah UDM daripada pelbagai fakulti yang terdapat di sini. Bengkel berkenaan dikendalikan oleh Prof. Zulkifli bin A. Manaf yang pakar tentang bidang pendidikan ini. Di dalam bengkel tersebut, kami didedahkan dengan sistem pengajaran dan pembelajaran di universiti yang sistematik dan di dalam bengkel tersebut lebih menumpukan tentang "learning outcomes" atau hasil pembelajaran atau حصيلة التعلم yang merupakan perkara penting untuk merancang pengajaran kepada pelajar dan seterusnya dapat mencapai objektif dan ilmu yang hendak kita sampaikan. Selain itu juga, bagaimana untuk mencapai learning outcomes tersebut, ia mestilah berhubung kait dengan assessment atau penilaian yang perlu dilakukan oleh pengajar terhadap pelajar mereka dengan pelbagai teknik dan cara. Kaedah-kaedah ini tidak jauh bezanya dengan pengajaran di sekolah, cuma bagi saya, teknikal dan pelaksanaannya sahaja yang sedikit berbeza. Apapun, banyak input yang saya dapat daripada bengkel tersebut.


Peserta-peserta bengkel bergambar kenang-kenangan


Akhir sekali, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada sahabat karib saya sejak di sekolah menengah yang baru sahaja mendapat tawaran kerja sebagai Felo Akademik di UDM dan kebetulan jawatan tersebut adalah sama dengan saya di sini iaitu Akhi Mohd Firdaus. Tahniah juga kepada sahabat beliau yang juga merangkap sahabat saya yang mendapat tawaran yang sama iaitu Akhi Shaferul Hafes yang merupakan anak jati "ganu kite" ini. Beliaulah yang banyak memperkenalkan loghat ganu kepada kami- "oren peng"-.

Dari kiri : Firdaus, Shaferul, Lokman dan Syuhada'

Kepada semua yang akan menempuhi sebarang peperiksaan dalam masa terdekat ini, saya mengucapkan SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN dan perbetulkan niat. Moga Allah permudahkan segalanya dan kejayaan yang kita perolehi akan mendapat keberkatan daripadaNya. Tiada gunalah kejayaan yang cemerlang jika tidak mendapat redha dariNya.



Teruskan membaca.... Read more

Sabtu, 10 Oktober 2009

ISU PURDAH

Sekali lagi hati ini terguris bilamana para ulama dipermainkan.Inilah bahananya jika pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab.Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Saya mendengar khabar daripada beberapa sahabat, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.

Berkali-kali kita sebutkan , selepas ini jika berita dan akhbar Melayu mengeluarkan sesuatu pernyataan kontroversi tentang pendapat para ulama maka perkara pertama yang perlu dipasakkan di dalam minda sidang pembaca ialah “ BOLEH DIBACA NAMUN PERCAYA JANGAN”. Kamu tak takutkah dengan hukum Allah taala kerana sering mempermain-mainkan para ulama.

Ingatlah, daging ulama itu beracun. Jangan bermain-main dengan maruah seorang ulama.

Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka.Kalau ya pun inginkan akhbar picisan milik kamu terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama sehingga sedemikian rupa.

Apa yang diterangkan oleh IslamOnline dapat menjelaskan segala kekusutan yang berlaku. Saya diminta berkali-kali oleh sahabat-sahabat untuk membahaskan isu ini. Sikap saya yang pertama, tidak mahu terlalu cepat meletakkan hukum kepada ulama yang kita kenali sangat wara’ di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

Secara jelasnya , Syaikhul Akbar tidaklah melarang @ mengharamkan ( seperti bahasa yang digunakan oleh Akhbar Malaysia) pemakaian niqab secara mutlak. Malah larangan ini hanyalah kepada sekolah dan pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat wanita sahaja. Ini bermakna, jika terdapat lelaki di dalam kawasan tersebut, maka dibenarkan untuk memakai niqab bagi wanita. Apa yang kita kesalkan, akhbar Malaysia jelas menyebarkan berita yang bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syaikhul Akbar.

IslamOnline juga menerangkan bahawa, Syaikhul Akbar bukanlah menentang pemakaian Niqab kepada wanita. Malah beliau amat-amat menghormati pandangan wanita yang ingin mengekalkan pemakaian niqab.Namun, apa yang beliau tentang ialah kesalahfahaman yang berlaku dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Bahasa mudahnya, mengamalkan agama bukan pada tempat yang sepatutnya. Jika sesebuah institusi tersebut ahlinya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, apa faedahnya mereka memakai niqab?? Ini yang ingin Syaikhul Akbar terangkan dan bawa kepada masyarakat. Bukannya seperti yang disebarkan oleh akhbar-akhbar picisan yang seolah-olah mengatakan bahawa niqab ingin diharamkan seratus-peratus kepada golongan wanita muslimah.

Manakala isu tohmahan terhadap Syaikhul Akbar yang mengatakan bahawa beliau menghina pelajar wanita tersebut dengan mengatakan bahawa “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” jelas merupakan fitnah terhadap Syaikhul Azhar. Perkataan ini langsung tidak diucapkan oleh Syaikhul Akbar. Ini jelas putar belit yang dilakukan oleh akhbar yang memang terkenal suka mencari publisiti murahan dengan melakukan penghinaan terhadap para ulama.

Penjelasan lanjut boleh dilihat di IslamOnline.

Inilah senario masyarakat sekarang, ulama terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Saya tidak mahu membahaskan isu sama ada niqab ini benar-benar merupakan tuntutan agama atau sekadar adat seperti yang disebutkan oleh Syaikhul Akbar.Ini merupakan permasalahan khilaf dikalangan para ulama.Khilaf di dalam permasalahan ini bukanlah merupakan perkara usul yang boleh membawa kepada kekufuran. Malah ianya cuma khilaf di dalam permasalahan cabang agama. Terlalu dangkal golongan yang ingin melakukan tohmahan kepada Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah hanya kerana beliau mengatakan bahawa niqab ini hanyalah merupakan adat.

Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.

Saya sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Fadhilatus Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah bilamana ditanya pandangan beliau berkenaan pendapat Syaikhul Akbar tentang “ Harus Memberikan Infaq Kepada Pembinaan Gereja”. Kata Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah(secara ringkasnya) :

“ Sepanjang pengetahuan saya perkara ini merupakan sepakat daripada para ulama mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk kita memberikan bantuan terhadap pembinaan gereja.Cuma ianya dibenarkan untuk pihak kerajaan memberikan bantuan jika keadaan memerlukan seperti yang berlaku di Gaza setelah peperangan antara Yahudi laknatullah dan tentera Islam.Kerajaan Hamas ketika itu memberikan bantuan kewangan untuk pembinaan gereja yang runtuh akibat peperangan tersebut. Secara jelasnya, saya menyebutkan perkara ini dengan ilmu saya yang sedikit berbanding Syaikhuna al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Mungkin Fadhilatul al-Imam al-Akbar pernah terjumpa pendapat ulama yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk memberikan bantuan kepada pembinaan gereja.Manakala saya dengan sedikitnya ilmu pengetahuan yang ada pada saya maka tidak dapat saya memberikan pendapat sepertimana yang diberikan oleh al-Imam al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.”

Nah, inilah sikap sebenar seorang ulama dan sikap seorang pendengar yang tidak cepat menghukum.Malah meletakkan adab yang terlalu tinggi terhadap para ulama.

Moga kita semua dapat mengambil sifat terpuji yang ditunjukkan oleh para ulama kita di dalam memberikan pendapat dan berbeza pendapat.



Wartawan-wartawan akhbar perlu menilai perkara ini dengan teliti.Muslim yang baik bukanlah yang terjatuh ke dalam lubang sebanyak dua kali walau telah diperingatkan berkali-kali.

**********

Ya Allah, Aku bersaksi kepadaMu, jikalau aku tidak mampu menjadi seorang ulama, maka cukuplah diriku menjadi khadam kepada para ulama, membela mereka daripada ditohmah walau diri ini tergadai.. Moga mereka akan memberikan syafaat kepadaku kelak dengan Rahmat dan InayahMu Ya Rabbal A'lamin...

Sumber asal : www.nazrulnasir.blogspot.com

Teruskan membaca.... Read more

Isnin, 21 September 2009

DAH BESAQ!!





Hampir 3 bulan tak tengok anak menakan yang aku namakan MUHAMMAD AMIR SHAKIR nih...dan inilah anak menakan yang pertama diterima cadangan nama yang aku berikan...moga menjadi ketua yang sentiasa bersyukur..rasa cukup dengan apa yang ada......

Teruskan membaca.... Read more

sELAmAT hARi RayA

Teruskan membaca.... Read more

Isnin, 24 Ogos 2009

POSTER TASRIF


.::POSTER TASRIF ::.
Cetakan Terbaru
Khas untuk pasaran Malaysia yang sebelum ini telah diedarkan di pasaran Mesir.
Dapatkannya sekarang!!!
*Hasil keluaran pelajar Malaysia
*Bersaiz A2 (besar dan jelas dilihat)
*Sumber rujukan daripada kitab Matan al-Bina'
*Disusun di dalam bentuk jadual yang memudahkan untuk dihafaz dan difahami
*Kertas yang berkualiti dan design yang menarik
*Sesuai untuk semua peringkat umur dan pencinta Bahasa al-Quran

Untuk tempahan, sila hubungi MOHD FAUZI 0195105029 Harga promosi (tempah dahulu)

Teruskan membaca.... Read more

Jumaat, 24 Julai 2009

BERAKHIRNYA REJAB





Pertama sekali jazakumulahu khair al-jaza' di atas kesudian menziarahi blog ini. Saya tertarik dengan penggunaan ayat "blog bersawang" yang diuar-uarkan oleh sesetengah sahabat saya. Mungkin blog ini juga boleh diistilahkan sebegitu. Apapun, posting kali ini sekadar berkongsi pengalaman setelah saya pulang ke Malaysia daripada Mesir.


Mungkin pelbagai rancangan bermain di dalam kepala sebelum pulang ke Malaysia. Semua graduan mengalami situasi sedemikian. Ada yang ingin menyambung pengajian secara direct tanpa bekerja terlebih dahulu dan ada yang ingain terus bekerja dan juga ada yang ingain menyambung pelajaran sambil bekerja. Bagi saya, ia terserah kepada individu masing-masing. Cuma apa yang penting, ianya perlulah tidak lari daripada matlamat asal kita belajar di Al-Azhar khususnya, iaitu untuk mempraktikkannya untuk semua orang. Ingatlah, ilmu akan menjamin kebahagiaan hidup kita jika kita memanfaatkannya.


Bermulalah episod saya setelah pulang ke Malaysia. Pada mulanya tidak mahu meminta sebarang kerja yang melunturkan semangat untuk sambung master. Maksudnya terikat dengan sesuatu pekerjaan yang tetap mungkin menjejaskan komitmen untuk terus belajar ke peringkat tersebut. Tetapi ia adalah pendapat saya sahaja.


Berkhidmat sebagai guru ganti di SABK Fauzi, Yan banyak meninggalkan pengalaman yang baru. Gelagat anak murid yang inginkan manhaj pengajaran yang menimbulkan minat khususnya pengajaran bahasa arab telah membuatkan saya terfikir untuk berkongsinya bersama mereka. Bahasa arab memerlukan minat yang mendalam. Kita selalu menyebut dan sedia maklum bahawa ianya adalah bahasa Al-Quran, bahasa syurga dan lain-lain tetapi kenapa masih ramai tidak minat dengan bahasa tersebut? Apapun minat merupakan asas penting untuk mempelajari sesuatu. Minat boleh dipupuk melalui persekitaran dan kesedaran. Alhamdulillah, walaupun tidak sampai 2 bulan saya berkongsi ilmu dengan mereka, mereka sedikit sebanyak boleh menerima kenyataan bahawa bahasa arab adalah penting untuk diaplikasikan dalam memahami ilmu agama. Jutaan terima kasih kepada pengetua dan semua warga SMAF kerana banyak membantu saya. Jutaan kemaafan juga diucapkan kerana tidak sempat berkunjung ke sana. Insyaallah hubungan yang terjalin tidak akan putus.

Penulis bersama staff SMAF dan rombongan dari SMA Makarimul Akhlak

Selepas itu, saya masih menanam tekad untuk terus menunggu permohonan pengajian master di USIM yang akan saya daftar pada awal bulan Julai. Namun masih terlalu awal untuk menunggu. Jadi saya mengisi masa yang ada dengan mengajar kelas-kelas tambahan dan sampailah pada suatu hari, sahabat saya memaklumkan bahawa jabatan di tempat beliau bertugas iaitu di UM memerlukan seorang pembantu penyelidik. Penyelidikan tersebut memfokuskan tentang bidang hadis iaitu suatu bidang yang agak lain daripada apa yang saya ambil di Mesir. Alhamdulillah, walaupun tidak sampai 2 bulan saya bekerja sebagai RA di UM, pelbagai pengalaman telah dapat diambil. Terima kasih kepada sahabat di sana dan pensyarah-pensyarah khasnya.


Semasa saya menjadi RA di UM, saya mencuba nasib dengan mencari peluang yang dapat menjamin saya menyambung master tanpa bermasalah dalam kewangan. Maksudnya sesetengah IPTA ada menawarkan jawatan tutor/fellowship yang akan ditaja sepenuhnya untuk menyambung pengajian. Alhamdulillah, saya cuba memohonnya di Universiti Darul Iman. Alhamdulillah, semuanya menjadi kenyataan. Sewaktu tawaran tersebut sampai, saya baru sahaja mendaftar pengajian master di USIM. Nampaknya terpaksalah saya menangguh pendaftaran tersebut sehinggalah mendapat cuti belajar daripada UDM. Sekarang saya ditugaskan untuk mengajar di UDM dalam kursus BAHASA ARAB. Tentu banyak perbezaan. Tunggu posting seterusnya……
p/s : sekadar perkongsian pengalaman…….

Teruskan membaca.... Read more

Khamis, 16 Julai 2009

??????


Teruskan membaca.... Read more

Jumaat, 26 Jun 2009

ANAK KETUJUH









Alhamdulillah...Kakak ipar saya selamat melahirkan seorang putera pada hari rabu bertarikh 25 Jun 2009 di Hospital Sultanah Bahiyah. Tahniah diucapkan buat abang Nizam. Moga rezeki akan melimpah-limpah selepas ini.

Teruskan membaca.... Read more

Jumaat, 5 Jun 2009

MAJLIS IHTIFAL SMUK


Assalamualaikum wrt. wbt.
Bersua kembali. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menjenguk blog ini.
Cuma sedikit perkongsian untuk posting kali ini.
Alhamdulillah, penulis masih diberi peluang untuk terus bernafas di bumi Allah s.w.t. dan diberi kesihatan yang baik olehNya. Namun, saat inilah penulis ingin mengajak sahabat-sahabat dan diri ini sendiri supaya mensyukuri segala nikmat yang diberikan olehNya yang dengan nikmat tersebut kita mempunyai kudrat untuk melakukan aktiviti seharian kita lebih-lebih lagi amal ibadat seharian kita. Ingatlah, nikmat yang datang bukanlah berterusan, bila-bila masa sahaja akan ditarik olehNya. Justeru, nikmat sihat dan lapang inilah kita mesti menggunakan sebaik-baiknya. Sepertimana hadith Nabi s.a.w yang berbunyi :




Sukalah penulis untuk berkongsi nostalgia MAJLIS IHTIFAL SMUK yang saban tahun diadakan oleh pihak sekolah dan persatuan pelajar di Sek. Men. Agama Al-Khairiah. Penulis sudah terlupa untuk kali keberapa pada tahun ini majlis tersebut diadakan. Apapun, bukan perkara tersebut yang penulis hendak highlightkan, tetapi penulis ingin menegaskan di sini bahawa majlis tersebut sangat bermakna buat sekolah. Sumbangannya bukan memberi kesan kepada pihak sekolah, tetapi kepada semua termasuk masyarakat yang ada di kawasan berhampiran dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan seperti FORUM PERDANA, PAMERAN ILMIAH, KONSERT KESENIAN ISLAM dan banyak lagi. Penulis melihat melalui penganjuran majlis tersebut, ia telah mampu mencungkil bakat-bakat kepimpinan pelajar dalam menganjurkan majlis yang boleh dianggap grand ini. Masih terbayang di ingatan ketika ihtifal yang dianjurkan semasa penulis masih bersekolah di SMUK, penulis terlibat secara langsung dan segala perit dan suka duka dilalui bersama sahabat-sahabat.
Sepertimana yang diketahui, SMUK adalah sekolah agama rakyat yang programnya sudah tentu memerlukan peruntukan sendiri dan bukannya ditaja khas oleh mana-mana pihak. Namun, di atas kegigihan dan usaha yang berterusan untuk mencapai matlamat yang murni demi memartabatkan institusi sekolah agama rakyat seperti SMUK, khususnya di dalam penganjuran majlis yang besar seumpama ini, IHTIFAL SMUK berjaya diadakan setiap tahun. Ia telah memperkenalkan sekolah kepada masyarakat umum bahawa institusi seperti ini mampu membina insan bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik dan agama, bahkan mendidik ke arah pembangunan modal insan yang berpengalaman dan berdaya saing.

Akhir sekali, penulis mendoakan agar majlis tersebut yang akan berlangsung pada tahun ini akan mencapai objektif yang digariskan dan bersama-samalah kita menjayakannya.



p/s : Kepada ex-SMUK dijemput untuk sama-sama membantu menjayakannya dan jika tiada kelapangan, bolehlah menyumbang dalam bentuk sumbangan wang kepada PERKASIH. Untuk maklumat lanjut, sila emelkan kepada m_faeezy@yahoo.com

Teruskan membaca.... Read more

Khamis, 28 Mei 2009

RAGAM MANUSIA


Kadang-kadang kita suka memerhatikan ragam orang. Kita kata dia pelik, dia kenapa macam tu?.Ada yang kita kagum, ada yang kita perlecehkan..macam-macam ragam manusia yang asyik kita pertikaikan.Tapi kebanyakan daripada kita sendiri tidak pernah menilai ragam kita sendiri. Mungkin mudah untuk kita menilai orang lain dan sebaliknya diri kita mungkin akan ada perasaan ego dan lain-lain. Sebenarnya ia berlaku dalam kehidupan kita setiap waktu, mungkin kita tak sedar atau buat-buat tak sedar..Cuba muhasabah dan fikir-fikirkan!

Teruskan membaca.... Read more

Rabu, 27 Mei 2009

BELUM TERLAMBAT


Rasanya belum terlambat untuk ana mengucapkan selamat menjawab peperiksaan kepada sahabat-sahabat khususnya di Mesir dan kepada semua pelajar yang sedang menghadapinya. Usahalah dengan bersungguh-sungguh, InsyaAllah setiap kesukaran itu ada jalan keluarnya.

Teruskan membaca.... Read more

Ahad, 17 Mei 2009

PELITA HIDUP KAMI



Ustaz, ustazah, cikgu, teacher, sir...erm..apa lagi ya??!...itulah panggilan yang digelar khas untuk pendidik mengikut bidang masing-masing. Apapun itu bukanlah nilai ukuran tetapi hanya wasilah untuk melahirkan hubungan. Bermula darjah satu di SEKOLAH KEBANGSAAN PEDU (1992), mula kaki melangkah...ingat lagi masuk kelas 1K. Dah lupa, kelas pertama atau hujung sekali.Tapi memang seronok jika dikenang kembali. Teringat cubitan cikgu kat perut, dirotan akibat bising, dilumur aiskrim yang dimakan,ditampar cikgu dan banyak lagi pengalaman pahit.Sebenarnya semua itu walaupun rasanya pahit, namun jika dirasa betul-betul manis sangat. Itulah cikgu, rotannya bukan kerana benci, cubitnya bukan kerana marah, jerkahnya bukan untuk menakutkan tetapi ia adalah didikan dan sayangnya mereka kepada kita.Cuma fikiran kita tidak dapat menilainya lagi.Budak sekolah rendah la katakan. Terima kasih buat cikgu-cikgu, ustaz dan ustazah dan semua pendidik SEK. KEB. PEDU kerana menjadikan FAUZI "manusia"...

Selepas UPSR, iaitu sedang mengalami proses kematangan, tak terfikir langsung di mana perlu aku belajar untuk alam menengah.semuanya aku serahkan bulat-bulat kepada ayahanda tercinta. Alhamdulillah, aku dihantar temuduga ke sekolah agama rakyat. Mulanya Raudhatul Ulum, dipanggil dan diterima tetapi tak daftar sebab menunggu jawapan daripada Maktab Mahmud. Tunggu punya tunggu, tak dapat Maktab Mahmud.Terlepas semuanya. Masa itu aku tak pandai berfikir lagi. Boleh dikatakan majoriti sahabat-sahabat sekolah rendah memilih sekolah menengah biasa, tetapi alhamdulillah, ayah tetap menghantarku ke sekolah agama rakyat. SMUK (Sek. Men. Agama Al-Khairiah) telah menjadi destinasi aku untuk menimba ilmu agama dan mencipta kejayaan. Alhamdulillah, semuanya bermula di sini. Aku terus belajar di di situ sehinggalah tingkatan 6 atas walaupun beberapa kali aku nyaris untuk keluar dari sekolah tersebut sepanjang tempoh tersebut. Alhamdulillah, berkat doa ustaz, ustazah dan cikgu-cikgu di situ, aku sekali lagi menjadi "manusia". Tapi kali ini lebih baik (aku rasakan)...Terima kasih ustaz, ustazah, cikgu dan semua warga Al-Khairiah. Di alam universiti pula, JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA kepada mashayekh al-Azhar dan guru-guru di luar kampus di atas jasa kalian.
Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa kalian....SELAMAT HARI GURU...

Teruskan membaca.... Read more

Ahad, 3 Mei 2009

SALAM SEMUA...


Apa khabar sahabat-sahabat sekalian?Tentu sahabat-sahabat bertanya mengapa saya letakkan master kuin tu kat post yang lalu...Sebenarnya ana cuma tertarik, tetapi rasanya tak sambung kat situ. Saya sekarang masih dalam proses mencari pengalaman sambil bekerja. Kerja sambil belajar. Belajar sambil bekerja...sama saja kedua-duanya..
Post kali ini mungkin saya nak kongsi sedikit tentang isu-isu yang sedang dan baru berlaku di sekeliling kita. Mungkin isu yang paling terbaru sekali adalah mengenai selsema BABI. Cepat dan pantas ia merebak dan meragut nyawa manusia. Jika kita menilai hikmah di sebalik wabak ini, tentulah kita sebagai umat Islam tentu memahaminya. Kerana apa yang dilarang oleh Allah S.W.T bukanlah sengaja dilarang, tetapi ianya tentu ada sebab musababnya. Bla kita kaitkan dengan kehidupan kita, sesungguhnya perkara yang dilarang itulah kita suka melakukannya. Tetapi bila berlaku kesan buruk akibat tindakan itu, barulah kita menyesal dan tentunya penyesalan itu tiada berguna. Mungkin apa yang kita sukai itu sebenarnya merupakan kebinasaan kepada kita sepertimana firman Allah S.W.T
وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Yang bermaksud :Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Al-Baqarah :216

Marilah kita berfikir setiap hikmah Allah S.W.T menjadikan sesuatu itu khususnya perkara-perkara yang disuruh dan dilarang oleh-Nya yang secara tidak langsung dapat meningkatkan keimanan dalam diri kita.


Isu lain adalah mengenai isu agama anak Redzuan Abdullah yang mana begitu mudah diputuskan oleh orang yang bukan ahlinya. Lihatlah apabila sesuatu hukum itu diberi sewenang-wenangnya kepada pihak yang berkenaan yang jelas bertentangan dengan apa yang ditetapkan oleh syariat. Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera berdasarkan apa yang telah digariskan oleh Islam. Kita mengaku kita Islam, kita mengaku kita Umat Nabi Muhammad S.A.W tetapi dimanakan amanah kita untuk pengakuan tersebut??Adakah hanya di mulut?Kita tidak takutkah dengan ayat Allah yang berbunyi :


وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ


Yang bermaksud :Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.
Al-Baqarah :8

Itulah sifat orang munafik. Nauzubillahi min zalik!!

Apapun marilah kita berdoa agar kita diberikan kekuatan iman yang dengannya dapat kita menggerakkan anggota badan kita ke arah menegakkan agama-Nya.


Teruskan membaca.... Read more

Sabtu, 18 April 2009

PROGRAM MASTER KUIN




ASSALAMUALAIKUM...




Terkejut jugak bila buka website insaniah...rupanya program master ngan phD dah dibuka untuk batch pertama...bukan terkejut pasai pa, cuma program yang ditawarkan memang best.tambah2 master lughah..erm..ana nak ajak kawan2 pi lawat web dia..apapon, pilihlah yang tepat dan terbaik...




sila ke link




Teruskan membaca.... Read more

Isnin, 30 Mac 2009

SETTLE


Tak pening dah..

keputusan dah di ambil..

apa dia??....??!!!!


TUNGGU DAN LIHAT ENTRY YANG MENYUSUL LEPAS INI..HUHU

Teruskan membaca.... Read more

Sabtu, 28 Mac 2009

INFO TERBARU

Kerajaan diminta pantau pelajar di Mesir
PENGHANTARAN pelajar ke Mesir perlu dilaksanakan secara berpusat di bawah pengendalian Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan pelajar dapat dipantau bagi mengelak mereka mudah terpengaruh dengan dakyah persatuan yang dikuasai pembangkang.

Wakil Kelab Umno Luar Negara, Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan mendakwa persatuan pelajar di Mesir, Persekutuan Melayu Republik Arab di Mesir (Pemeram) kini mengancam minda dan fikiran pelajar supaya menentang kerajaan.

“Pihak Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di sana tidak lagi mampu memantau pembabitan pelajar dalam gerakan ejen pembangkang ini. Malah, pegawai dan pelajar kita di Mesir juga takut dan tertekan dengan Pemeram akibat tindakan mereka yang antaranya menyekat pelajar daripada tinggal di asrama kerajaan yang dikuasai mereka.

“Ini bukan isu baru tetapi sudah lama disuarakan,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden semalam.

Wan Md Hazlin juga mencadangkan supaya kerajaan mengharamkan persatuan itu sebagai badan bukan kerajaan (NGO) di Mesir.

“Rundingan perlu segera diadakan bagi menyedarkan pelajar terbabit. Biasiswa dan tajaan pelajar yang menyertai Pemeram juga perlu ditarik balik,” katanya.

Sementara itu, bagi mengembalikan kepercayaan generasi muda terhadap Umno, katanya, barisan kepemimpinan baru disaran tidak mengenepikan peranan dan sumbangan idea serta komitmen pelajar sekembalinya mereka daripada tamat pengajian di luar negara.

“Kami juga sentiasa pentingkan aspek agama untuk memastikan jati diri terpelihara. Justeru, rakan kami di Jordan, Syria, Mesir dan Pakistan memohon supaya mereka ditempatkan di barisan depan pembentukan sahsiah terpuji,” katanya.

Teruskan membaca.... Read more

Jumaat, 27 Mac 2009

KERJA vs SAMBUNG

Pening...pening..."Fauzi, keja dulu la..master tu sambil2 pun takpa..dah dapat keja tetap, baik keja dulu, kumpoi duit dulu"...

"Fauzi, enta pilih la yang terbaik..rezeki bukan datang banyak kali..master tu bila2 pon leh amik..lagipon nak amik duit mana nak sambung??"

"Bukan senang nak diserap terus dalam guru kementerian ni..rezeki enta..buat istikharah.insyaallah, ada petunjuk"...

Betul jugak ya cadangan2 dan kata2 tu..gaji jalan penuh..master buat pjj pon takpa.boleh bagi mak ayah, beli kereta, ka&%^%$....dan banyak lagi la...tapi mampu ka aku sambung??klu dah hidup selesa??

"Fauzi, buat istikharah...kerja lepas ni pon boleh..mana cita2 hang dulu?kata nak jadi pensyarah??..."..

"Fauzi, baik sambung terus..nanti dah beranak pinak, tanggungjawab besar.Lagipon, hang muda lagi.."..

"Kalau kita sekadar nak tangkap ikan di tepi laut, memang kerjanya mudah dan terus dapat hasil..tapi klu kita mahukan yang lebih dan banayk, tentunya memerlukan kesabaran untuk kita ke laut dalam..InsyaAllah, hasilnya tentu berbeza"..

Nasihat yang amat berguna bagi aku...Rezeki ada di mana2. InsyaAllah, jika niat ikhlas nak mengaji, Allah permudah jalan..

Doakan ya...(masih dalam dilema)

Teruskan membaca.... Read more

Rabu, 25 Mac 2009

BIASISWA

PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA

Permohonan adalah dipelawa kepada graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan di IPTA, Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP)..

OBJEKTIF PROGRAM:
Menyediakan peluang pembiayaan bagi graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan.

PENAJAAN PENGAJIAN*

Penajaan ini hanya terbuka kepada calon-calon yang sedang mengikuti
pengajian dalam tahun 2009 serta yang akan memulakan pengajian bagi sesi
akademik 2009/2010.Calon- calon yang ditaja hanya akan dibiayai dari segi
yuran sepanjang tempoh pengajiannya.

Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat sarjana ialah empat semester (dua tahun) iaitu tidak melebihi
RM10,000.00. Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat Ph.D ialah lapan semester (empat tahun) iaitu tidak melebihi RM20,000.00.

Bagi calon Ph.D, RM1,500.00 disediakan sebagai bantuan khas penyelidikan dan penyediaan tesis dengan syarat cadangan penyelidikan diluluskan oleh pusat pengajian siswazah / fakulti dan bantuan ini adalah termasuk serta tertakluk kepada had maksimum peruntukan bagi seorang calon Ph.D iaitu tidak melebihi RM20,000.00.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-Syarat Umum

Terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang atau memulakan pengajian dalam tahun 2009 dan 2010 sahaja.Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi calon peringkat sarjana dan 43 tahun bagi calon peringkat Ph.D para tarikh memulakan pengajian.Pengajian adalah secara sepenuh masa.Pembiayaan diberikan setelah menerima surat tawaran dan mendaftar sebagai pelajar ijazah lanjutan di mana-mana IPTA dan IPTS terbabit.Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran atau elaun pembantu penyelidik siswazah).Tiada ikatan perjanjian dengan pihak lain.Tiada ikatan kontrak yang akan dikenakan dan pembiayaan ini tidak bermaksud untuk berkhidmat dengan pihak Kerajaan selepas tamat
pengajian.


Syarat-Syarat Khusus

Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat sarjana dan berkelayakan sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D.Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.75 atau setaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akan dipertimbangkan.

CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK
Calon-calon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus
yang ditetapkan.Mempunya i pekerjaan tetap atau berpendapatan tetap. TEMPOH

TAJAAN
Ph.D - maksimum lapan (8) semester
Sarjana - maksimum empat (4) semester
Yuran akan dibayar terus kepada pihak universiti.

KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web KPT mulai 19 Mac
2009. Bagi permohonan lebih awal, calon-calon boleh memuat turun borang
permohonan mulai 12 Mac 2009.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 4, Blok 1, Menara PjH
Presint 2, 62100 Putrajaya.
(u.p: Tajaan Khas Bajet Mini 2009)
Tel.. : 03-8884 4607/ 4612 / 4669 / 4634 / 4618
Faks : 03-8884 4701
E-mel: bajetmini@mohe. gov.my

NOTA : Pembiayaan ini tidak termasuk kos elaun sara hidup. Jika perlu,
PTPTN ada menyediakan kemudahan pinjaman ini, tertakluk kepada
syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi berkenaan.

Teruskan membaca.... Read more

Selasa, 10 Mac 2009

HAMPIR TAMAT


Assalamualaikum...
Hampir tamat perkhidmatan guru ganti di SMA Fauzi.GUru yang digantikan akan mengambil alih tugasnya selepas cuti seminggu nanti. Pejam celik2,tak sangka dah nak habis. Banyak pengalaman yang saya dapat di sini. Dengan telatah murid, guru-guru, dan staff sekolah yang menjadi faktor untuk lebih minat dalam bidang perguruan ini. Mungkin plan asal agak terseleweng sikit, tapi plan itu, insyaallah, akan ditangguh dahulu. Banyak pandangan rakan2 dan semua telah mendorong untuk bekerja dahulu, dan saya rasa itulah plan sekarang ini. Kerja sebagai pengajar secara tidak langsung adalah termasuk dalam proses pembelajaran. Ilmu yang diperolehi bukan sekadar melalui kegiatan formal malahan pengalaman bergaul, mengajar dan mempraktikkan apa yang dipelajari sebenarnya inputnya jauh lebih besar.

Insyaallah, jika diizinkan, saya akan mengajar di sekolah yang baru..
Tunggukan posting seterusnya...

Teruskan membaca.... Read more

Selasa, 17 Februari 2009

PENTINGNYA ILMU DAN AMAL

Teruskan membaca.... Read more

Selasa, 10 Februari 2009

TANGGUNGJAWAB


Assalamualaikum semua...sudah lama blog ini tak terupdate..mungkin disebabkan kemalasan dan kesibukan sikit. Syukur alhamdulillah, ana masih diberikan kesempatan dan keizinan untuk terus menuntut ilmu-Nya. Sekarang ana baru sahaja menjadi guru sementara di www.smafauzi.net...tentunya ada sahabat2 ana yang telah tahu, depa kata ana dah buka sekolah sendiri..huhu. Sebenarnya sekolah ini pada asalnya merupakan pondok yang telah diasaskan oleh Hj. Ahmed Fauzi iaitu seorang ulama terkenal di Yan ini..Bersempena nama beliau, maka dinamakan sekolah menengah agama FAUZI.. Berlaku masalah SAR pada suatu ketika dahulu yang telah kita maklum, dengan terhentinya bantuan PERKAPITA dan lain-lain, maka sekolah ini telah menerima tawaran kementerian untuk diserapkan terus di bawahnya. Sekarang sekolah ini telah menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)..Jumlah pelajar dihadkan atas faktor-faktor tertentu berbanding sebelum ini yang jumlahnya agak sedikit. Aktiviti mengajar sekolah ini tentunya mencabar kerana asas ilmu perguruan tiada, tetapi pengalaman persekolahan dulu banyak juga membantu. Jika ilmu penuh di dada, tetapi tidak tahu atau tidak menggunakan manhaj yang sesuai, tentunya ilmu tersebut tidak dapat diterima dengan baik. Aku masih mencari manhaj yang sesuai..ianya memerlukan masa. Ini merupakan amanah yang semestinya ditunaikan dengan baik..
Kecintaan terhadap bahasa arab bukannya hanya disemai melalui sukatan yang diberikan, tetapi ianya mestilah bermula daripada 2 sumber yang penting iaitu Al-Quran dan Al-Hadis. Kita perlu menekankan matlamat kita mengkaji dan mempelajari bahasa arab..tentunya untuk memahami 2 sumber itu. Cuma ia memerlukan peringkat-peringkat. Insya-Allah, ana akan berkhidmat di sini sehingga pertengahan bulan 3, seterusnya membuat plan untuk tesis master..doakan ana istiqamah dengan perancangan ini dan diizinkan oleNya.
Di bawah ini ada beberapa keping gambar yang sempat ana ambil




Teruskan membaca.... Read more

Isnin, 12 Januari 2009

PERPISAHAN

Tanggal 7 Januari, jam 9.20 malam, terpijaklah kaki aku atas bumi malaysia..Walaupun baru setahun aku meninggalkan Malaysia, namun sudah tentu perbezaan suasana di negara orang dgn negara sendiri adalah jelas. .bagi entri kali ini, terdapat gambar2 detik perpisahan di lapangan terbang kaherah..Terima kasih sahabat2 kerana sudi melapangkan masa untuk menghantar saya walaupun imtihan hampir bermula...



















































Teruskan membaca.... Read more

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP