Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 26 Jun 2009

ANAK KETUJUH









Alhamdulillah...Kakak ipar saya selamat melahirkan seorang putera pada hari rabu bertarikh 25 Jun 2009 di Hospital Sultanah Bahiyah. Tahniah diucapkan buat abang Nizam. Moga rezeki akan melimpah-limpah selepas ini.

Teruskan membaca.... Read more

Jumaat, 5 Jun 2009

MAJLIS IHTIFAL SMUK


Assalamualaikum wrt. wbt.
Bersua kembali. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menjenguk blog ini.
Cuma sedikit perkongsian untuk posting kali ini.
Alhamdulillah, penulis masih diberi peluang untuk terus bernafas di bumi Allah s.w.t. dan diberi kesihatan yang baik olehNya. Namun, saat inilah penulis ingin mengajak sahabat-sahabat dan diri ini sendiri supaya mensyukuri segala nikmat yang diberikan olehNya yang dengan nikmat tersebut kita mempunyai kudrat untuk melakukan aktiviti seharian kita lebih-lebih lagi amal ibadat seharian kita. Ingatlah, nikmat yang datang bukanlah berterusan, bila-bila masa sahaja akan ditarik olehNya. Justeru, nikmat sihat dan lapang inilah kita mesti menggunakan sebaik-baiknya. Sepertimana hadith Nabi s.a.w yang berbunyi :




Sukalah penulis untuk berkongsi nostalgia MAJLIS IHTIFAL SMUK yang saban tahun diadakan oleh pihak sekolah dan persatuan pelajar di Sek. Men. Agama Al-Khairiah. Penulis sudah terlupa untuk kali keberapa pada tahun ini majlis tersebut diadakan. Apapun, bukan perkara tersebut yang penulis hendak highlightkan, tetapi penulis ingin menegaskan di sini bahawa majlis tersebut sangat bermakna buat sekolah. Sumbangannya bukan memberi kesan kepada pihak sekolah, tetapi kepada semua termasuk masyarakat yang ada di kawasan berhampiran dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan seperti FORUM PERDANA, PAMERAN ILMIAH, KONSERT KESENIAN ISLAM dan banyak lagi. Penulis melihat melalui penganjuran majlis tersebut, ia telah mampu mencungkil bakat-bakat kepimpinan pelajar dalam menganjurkan majlis yang boleh dianggap grand ini. Masih terbayang di ingatan ketika ihtifal yang dianjurkan semasa penulis masih bersekolah di SMUK, penulis terlibat secara langsung dan segala perit dan suka duka dilalui bersama sahabat-sahabat.
Sepertimana yang diketahui, SMUK adalah sekolah agama rakyat yang programnya sudah tentu memerlukan peruntukan sendiri dan bukannya ditaja khas oleh mana-mana pihak. Namun, di atas kegigihan dan usaha yang berterusan untuk mencapai matlamat yang murni demi memartabatkan institusi sekolah agama rakyat seperti SMUK, khususnya di dalam penganjuran majlis yang besar seumpama ini, IHTIFAL SMUK berjaya diadakan setiap tahun. Ia telah memperkenalkan sekolah kepada masyarakat umum bahawa institusi seperti ini mampu membina insan bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik dan agama, bahkan mendidik ke arah pembangunan modal insan yang berpengalaman dan berdaya saing.

Akhir sekali, penulis mendoakan agar majlis tersebut yang akan berlangsung pada tahun ini akan mencapai objektif yang digariskan dan bersama-samalah kita menjayakannya.



p/s : Kepada ex-SMUK dijemput untuk sama-sama membantu menjayakannya dan jika tiada kelapangan, bolehlah menyumbang dalam bentuk sumbangan wang kepada PERKASIH. Untuk maklumat lanjut, sila emelkan kepada m_faeezy@yahoo.com

Teruskan membaca.... Read more

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP