Related Posts with Thumbnails

Khamis, 28 Mei 2009

RAGAM MANUSIA


Kadang-kadang kita suka memerhatikan ragam orang. Kita kata dia pelik, dia kenapa macam tu?.Ada yang kita kagum, ada yang kita perlecehkan..macam-macam ragam manusia yang asyik kita pertikaikan.Tapi kebanyakan daripada kita sendiri tidak pernah menilai ragam kita sendiri. Mungkin mudah untuk kita menilai orang lain dan sebaliknya diri kita mungkin akan ada perasaan ego dan lain-lain. Sebenarnya ia berlaku dalam kehidupan kita setiap waktu, mungkin kita tak sedar atau buat-buat tak sedar..Cuba muhasabah dan fikir-fikirkan!

Teruskan membaca.... Read more

Rabu, 27 Mei 2009

BELUM TERLAMBAT


Rasanya belum terlambat untuk ana mengucapkan selamat menjawab peperiksaan kepada sahabat-sahabat khususnya di Mesir dan kepada semua pelajar yang sedang menghadapinya. Usahalah dengan bersungguh-sungguh, InsyaAllah setiap kesukaran itu ada jalan keluarnya.

Teruskan membaca.... Read more

Ahad, 17 Mei 2009

PELITA HIDUP KAMI



Ustaz, ustazah, cikgu, teacher, sir...erm..apa lagi ya??!...itulah panggilan yang digelar khas untuk pendidik mengikut bidang masing-masing. Apapun itu bukanlah nilai ukuran tetapi hanya wasilah untuk melahirkan hubungan. Bermula darjah satu di SEKOLAH KEBANGSAAN PEDU (1992), mula kaki melangkah...ingat lagi masuk kelas 1K. Dah lupa, kelas pertama atau hujung sekali.Tapi memang seronok jika dikenang kembali. Teringat cubitan cikgu kat perut, dirotan akibat bising, dilumur aiskrim yang dimakan,ditampar cikgu dan banyak lagi pengalaman pahit.Sebenarnya semua itu walaupun rasanya pahit, namun jika dirasa betul-betul manis sangat. Itulah cikgu, rotannya bukan kerana benci, cubitnya bukan kerana marah, jerkahnya bukan untuk menakutkan tetapi ia adalah didikan dan sayangnya mereka kepada kita.Cuma fikiran kita tidak dapat menilainya lagi.Budak sekolah rendah la katakan. Terima kasih buat cikgu-cikgu, ustaz dan ustazah dan semua pendidik SEK. KEB. PEDU kerana menjadikan FAUZI "manusia"...

Selepas UPSR, iaitu sedang mengalami proses kematangan, tak terfikir langsung di mana perlu aku belajar untuk alam menengah.semuanya aku serahkan bulat-bulat kepada ayahanda tercinta. Alhamdulillah, aku dihantar temuduga ke sekolah agama rakyat. Mulanya Raudhatul Ulum, dipanggil dan diterima tetapi tak daftar sebab menunggu jawapan daripada Maktab Mahmud. Tunggu punya tunggu, tak dapat Maktab Mahmud.Terlepas semuanya. Masa itu aku tak pandai berfikir lagi. Boleh dikatakan majoriti sahabat-sahabat sekolah rendah memilih sekolah menengah biasa, tetapi alhamdulillah, ayah tetap menghantarku ke sekolah agama rakyat. SMUK (Sek. Men. Agama Al-Khairiah) telah menjadi destinasi aku untuk menimba ilmu agama dan mencipta kejayaan. Alhamdulillah, semuanya bermula di sini. Aku terus belajar di di situ sehinggalah tingkatan 6 atas walaupun beberapa kali aku nyaris untuk keluar dari sekolah tersebut sepanjang tempoh tersebut. Alhamdulillah, berkat doa ustaz, ustazah dan cikgu-cikgu di situ, aku sekali lagi menjadi "manusia". Tapi kali ini lebih baik (aku rasakan)...Terima kasih ustaz, ustazah, cikgu dan semua warga Al-Khairiah. Di alam universiti pula, JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA kepada mashayekh al-Azhar dan guru-guru di luar kampus di atas jasa kalian.
Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa kalian....SELAMAT HARI GURU...

Teruskan membaca.... Read more

Ahad, 3 Mei 2009

SALAM SEMUA...


Apa khabar sahabat-sahabat sekalian?Tentu sahabat-sahabat bertanya mengapa saya letakkan master kuin tu kat post yang lalu...Sebenarnya ana cuma tertarik, tetapi rasanya tak sambung kat situ. Saya sekarang masih dalam proses mencari pengalaman sambil bekerja. Kerja sambil belajar. Belajar sambil bekerja...sama saja kedua-duanya..
Post kali ini mungkin saya nak kongsi sedikit tentang isu-isu yang sedang dan baru berlaku di sekeliling kita. Mungkin isu yang paling terbaru sekali adalah mengenai selsema BABI. Cepat dan pantas ia merebak dan meragut nyawa manusia. Jika kita menilai hikmah di sebalik wabak ini, tentulah kita sebagai umat Islam tentu memahaminya. Kerana apa yang dilarang oleh Allah S.W.T bukanlah sengaja dilarang, tetapi ianya tentu ada sebab musababnya. Bla kita kaitkan dengan kehidupan kita, sesungguhnya perkara yang dilarang itulah kita suka melakukannya. Tetapi bila berlaku kesan buruk akibat tindakan itu, barulah kita menyesal dan tentunya penyesalan itu tiada berguna. Mungkin apa yang kita sukai itu sebenarnya merupakan kebinasaan kepada kita sepertimana firman Allah S.W.T
وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Yang bermaksud :Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Al-Baqarah :216

Marilah kita berfikir setiap hikmah Allah S.W.T menjadikan sesuatu itu khususnya perkara-perkara yang disuruh dan dilarang oleh-Nya yang secara tidak langsung dapat meningkatkan keimanan dalam diri kita.


Isu lain adalah mengenai isu agama anak Redzuan Abdullah yang mana begitu mudah diputuskan oleh orang yang bukan ahlinya. Lihatlah apabila sesuatu hukum itu diberi sewenang-wenangnya kepada pihak yang berkenaan yang jelas bertentangan dengan apa yang ditetapkan oleh syariat. Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera berdasarkan apa yang telah digariskan oleh Islam. Kita mengaku kita Islam, kita mengaku kita Umat Nabi Muhammad S.A.W tetapi dimanakan amanah kita untuk pengakuan tersebut??Adakah hanya di mulut?Kita tidak takutkah dengan ayat Allah yang berbunyi :


وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ


Yang bermaksud :Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.
Al-Baqarah :8

Itulah sifat orang munafik. Nauzubillahi min zalik!!

Apapun marilah kita berdoa agar kita diberikan kekuatan iman yang dengannya dapat kita menggerakkan anggota badan kita ke arah menegakkan agama-Nya.


Teruskan membaca.... Read more

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP