Related Posts with Thumbnails

Isnin, 30 Jun 2008

BERMUSAFIR

Alhamdulillah, tercapai juga cita-cita nak pi yaman...Insyaallah, ana akan bertolak dari matar qadim pada pukul 3 petang ini(30 JUN 2008)....doakan selamat semua..wassalam.

Teruskan membaca.... Read more

Jumaat, 27 Jun 2008

DAURAH MUSIM PANAS DI DARUL MUSTAFA


Assalamualaikum...

Di sini ana ingin berkongsi sedikit tentang daurah di Yaman yang akan bermula pada awal Julai nanti...Di harap dapat memahami dalam bahasa arab di bawah...

حرصاً على إيصال العلم الشرعي وتزكية النفس وبثِّ همِّ الدعوة إلى الله لمن لم تمكِّنهم ظروفهم من التفرغ لذلك، يرتب دار المصطفى للدراسات الإسلامية بتريم دورات في الإجازة الصيفية مدتها أربعون (40) يوما ًيتلقى فيها الطالب نصيباً من العلم الشرعي والتزكية للنفس بالحث على تطبيق آداب النبي صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم وبعث هم الدعوة إلى الله .
يعيش الطلاب خلالها في بيئة إيمان، وأخوة في الله، وعمل بسنن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم، وتصفية للضمائر، وتعارف وتآلف وتعاون، وتواصي بالحق، وتواصي بالصبر.
وقد تمَّ قيام ثلاث عشرة دورة للطلاب والطالبات، وشارك فيها أكثر من 11 ألف طالب وطالبة، من مختلف محافظات اليمن، ودول الخليج العربي ومصر وتونس والمغرب والجزائر وسوريا ولبنان والسودان وفلسطين والأردن ومن دول شرق آسيا ودول أوربا وشمال أفريقيا وأمريكا وأستراليا.
يتلقى الطلاب دروسا منتظمة وفق المنهج المقرر في التفسير والحديث والفقه الإسلامي والتزكية والسلوك والسيرة النبوية، والدعوة إلى الله عز وجل، وحفظُ نصيبٍ من القرآن والحديث النبوي الشريف؛ إضافة إلى برامج أخرى تتضمن زيارة للعلماء والصالحين والمآثر التاريخية ورحلات ترفيهية، ودورات في مجال تقنية المعلومات، وندوات حوارية، ومسابقات ثقافية ونشاطات رياضية متنوعة.
أما الطالبات فترتب لهن دورة تابعة لدار المصطفى في دار الزهراء المجاور لدار المصطفى

Untuk maklumat lanjut, sila lawat http://dawrah.daralmostafa.com/

Teruskan membaca.... Read more

Khamis, 19 Jun 2008

SELAWAT KE ATAS NABI KELEBIHAN DAN RAHSIA (PART 1)


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً


56. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.

Sebab penurunan ayat tersebut : Imam Al-Wahidi menyebut di dalam kitab
(أسباب النزول) daripada Kaa’b bin A’jzah R.A berkata : Telah ditanya kepada Rasulallah S.A.W : Sesungguhnya kami telah mengetahui tentang salam ke atas kamu maka bagaimana pula tentang selawat ke atas kamu? Maka turunlah ayat yang tersebut di atas.


Tafsir ayat tersebut :

Sesungguhnya diutuskan Rasulallah S.A.W dengan segala kebaikan kepada umat sebagai pembawa khabar gembira bagi orang-orang yang beriman dan pembawa peringatan kepada orang-orang yang kufur. Baginda sangat menginginkan hidayah terhadap umat sepertimana firman Allah S.W.T :


لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ -التوبة


128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.

Dan kita melihat betapa sayangnya Rasulallah kepada umatnya ketika diturunkan kepadanya

وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى -الضحى

5. Dan Sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga Engkau reda - berpuas hati.

Setelah turunnya ayat ini, baginda tidak mengambil harta kekayaan mahupun memikirkan perkara-perkara yang menguntungkan diri baginda sendiri tetapi apa yang diinginkan oleh Rasulallah hanyalah umatnya iaitu baginda tidak akan tenang jika terdapat seorang daripada umatnya yang berada di dalam neraka.


Rasulallah begitu mengambil berat tentang umatnya, jadi semestinya bagi mereka berselawat ke atas baginda kerana setiap kebaikan yang diperolehi oleh baginda meliputi kepada semua umatnya dan ia merupakan keberkatan ke atas mereka. Oleh itu, turunlah ayat tersebut.


Allah S.W.T telah mengkhabarkan kepada orang-orang mukmin tentang kelebihan Rasulallah S.A.W serta kemuliaan baginda dan telah mengangkat kemuliaan tersebut dengan selawat ke atas baginda. Imam As-Sawi berkata : Ayat ini merupakan sebesar-besar dalil bahawa Rasulallah S.A.W merupakan pembawa rahmat dan sebaik-baik makhluk yang tiada bandingnya berdasarkan selawat daripada Allah S.W.T ke atas baginda yang merupakan suatu rahmat daripada-Nya beserta pengangungan ke atas baginda.Manakala selawat daripada Allah S.W.T ke atas selain baginda, hanyalah semata-mata rahmat daripada-Nya seperti firman Allah S.W.T

هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيماً-الأحزاب

43. Dia lah Yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya Yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah ia sentiasa melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang Yang beriman (di dunia dan di Akhirat).

Jadi di sini, kita dapat melihat perbezaan antara selawat tersebut dan kelebihan antara kedudukan Rasulallah daripada selain baginda.


Allah S.W.T memuliakan para malaikat-Nya dan orang-orang mukmin yang berselawat ke atas baginda kerana mereka sama-sama mengikut Allah S.W.T dalam berselawat ke astas baginda dan menzahirkan ketinggian Rasulallah. Sesungguhnya hikmah selawat ke atas baginda tidaklah melainkan sebagi tanda kasih sayang dan terima kasih terhadap apa yang dilakukan Rasulallah kerana bagindalah yang merupakan penghubung terhadap segala nikmat yang sampai kepada kita.


Maka datanglah perintah Allah di dalam ayat tersebut yang boleh difahami dengan lebih jelas seperi berikut : Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah ke atas Rasulallah, agungkanlah segala yang berkaitan dengan baginda, ikutlah syariatnya, banyakkan selawat dan salam ke atas baginda, maka sesungguhnya hak baginda ke atas kamu amatlah besar, bilamana kamu melaksanakannya, nescaya kamu tidak akan dapat menunaikan haknya, dialah penyelamat kamu daripada kesesatan kepada hidayah yang benar, dan melaluinya Allah S.W.T mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya keimanan, dan dialah tempat berlindung kamu pada hari akhirat kelak, maka ungkapkanlah ketika mana disebut nama baginda yang mulia dengan lafaz “اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا”

KELEBIHAN DAN RAHSIA-RAHSIANYA
As-Syeikh Abdullah Sirajuddin menghuraikan ayat ini bahawa sesungguhnya Allah S.W.T memerintahkan orang-orang mukmin supaya berselawat ke atas baginda S.A.W dan tidak ke atas Nabi-nabi yang lain untuk menjelaskan kepada mereka tentang kelebihan Rasulallah S.A.W berbanding nabi-nabi yang lain.





Teruskan membaca.... Read more

Selasa, 17 Jun 2008

QAD INTAHA AL-IMTIHAN


Alhamdulillah, semuanya sudah selesai...cuti musim panas, tentu banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Daurah di Masjid Azhar pun dah membuka tirainya..Tentu sahaja sahabat2 yang dahagakan ilmu tidak akan melepaskan peluang ini. Bagi yang sukakan bertafakur, destinasi pelancongan kat Mesir banyak menyimpan khazanah peninggalan anbia' dan aulia'...

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمـٰـوٰتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ والنَّهَارِ لآيـٰـتٍ لأُولِي الأَلْبَابِ الَّذِينَ يَذْكُرونَ اللهَ قِيَامًا وقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمـٰـوٰتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هذَا بَاطِلاً سُبْحـٰـنَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
آل عمران/191

Semoga kita memanfaatkan cuti ini sebaiknya.Tanamkan semangat baru dan maassalamah...

Teruskan membaca.... Read more

Khamis, 12 Jun 2008

TAKYIN

Bersama sahabat-sahabat Tahun Akhir Kuliah Bahasa Arab

Ahad ni (15 Jun)..ujian lisan atau dikenali dengan (takyin)..nampaknya dah nak habis imtihan..penat perah otak, memang menjadi kebiasaan, apabila kita menghadapi peperiksaan, timbul perasaan tension, takut, dan lain-lain.Mungkin bagi sebilangan kecil sahaja yang bijak membahagikan serta menyusun jadual mereka..Bagi golongan ini, peperiksaan bukanlah menjadi masalah, kerana persediaan yang awal serta pengalaman juga teknik menjawab sudah masyi..Tetapi, bagaimana harus kita menolong sahabt2 yang apabila datangnya peperiksaan, mulalah tension, malas, dan menganggap ia sebagai suatu bebanan yang besar? Secara peribadi, saya berpendapat study group merupakan penyelesaian bagi masalah ini..peranan sahabat2 penting dalam meredakan kekusutan..itulah yang dipraktikkan oleh saya sejak tahun 1, walaupun kadang2 perasaan malas itu menguasai...tetapi ajakan sahabt2 membuatkan saya ingin dibantu dan membantu..seperti mana sabda Rasullallah S.A.W

والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه

Yang bermaksud : Allah S.W.T sentiasa menolong hamba-Nya selagi mana hamba-Nya menolong sesama mereka.

Teruskan membaca.... Read more

Selasa, 10 Jun 2008

SELESAI IMTIHAN TAHRIRI

Bergambar bersama doktor kuliah setelah selesai imtihan

Alhamdulillah, selesai juga peksa bertulis hari ni 10 jun 2008..rasa penat tak hilang lagi...tak sabar rasanya menanti keputusan untuk tahun akhir ni..inilah penentu samada boleh balik ka tidak tahun ni..hanya doa saja yang dapat dipohon daripada-Nya. Kepada sahabt2 yang belum habis lagi, teruskan usaha...bittaufiq wannajah!

Teruskan membaca.... Read more

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP