Related Posts with Thumbnails

Rabu, 19 November 2008

PULANG KE MALAYSIA


Nak balik dah…

sekarang tinggal sikit lagi urusan…
tapi tiket tak beli lagi…

bila boleh balik???
taktau lagi…

tapi insyaallah,
sebelum raya haji…
tapi tak pasti lagi…

macammana ni??
takpa, INSYAALLAH, boleh balik…

Teruskan membaca.... Read more

Selasa, 4 November 2008

CONTOH KHUTBAH

AMANAH SUATU TUNTUTAN

الْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِاللهِ مِن شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِن سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا, مَن يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَن يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ، .وَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ُوَحْدَهُ َلاشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.


أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللهِ
يَأَيُّهَا الَّذِيْنَ أَمَنُوْا اتَّقُو اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
أُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِيْ بِِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T Sekalian,
Saya mengingatkan diri saya serta hadirin sekalian, marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Firman Allah S.W.T yang mafhumnya “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Tuhan kamu ialah orang yang paling takut kepada-Nya iaitu bertaqwa”.Mudah-mudahan kita ditempatkan di dalam golongan tersebut. Mimbar kita pada hari ini akan membicarakan tentang tajuk “AMANAH SUATU TUNTUTAN”.

Sidang Jumaat Sekalian,
Sifat amanah merupakan tuntutan yang mesti dilaksanakan oleh setiap mukmin. Amanah mempunyai pengertian yang luas dan bukan terhad kepada urusan kebendaan sahaja. Amanah yang paling besar adalah menjaga hak Allah S.W.T dan agama Islam itu sendiri. Firman Allah S.W.T surah An-Nisa' ayat 58 yang berbunyi :

* ¨bÎ) ©!$# öNä.ããBù'tƒ br& (#r–Šxsè? ÏM»uZ»tBF{$# #’nÎ) $ygÎ=÷dr& #sŒÎ)ur OçFôJs3ym tû÷üt/ Ĩ$¨Z9$# br& (#qßJä3øtrB ÉAô‰yèø9$$Î/ 4 ¨bÎ) ©!$# $­KÏèÏR /ä3ÝàÏètƒ ÿ¾ÏmÎ/ 3 ¨bÎ) ©!$# tb%x. $Jè‹Ïÿxœ #ZŽÅÁt/ ÇÎÑÈ
Yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.



Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah bahawa amanah merupakan kewajipan yang perlu kita tunaikan dan tidak boleh dianggap sebagai perkara yang remeh-temeh. Menjaga amanah Allah S.W.T bererti menjaga setiap amalan dan kurniaan-Nya dengan sebaiknya. Ibadah solat mestilah ditunaikan pada waktunya, dan dikerjakan dengan sempurna rukun dan syaratnya. Begitu juga ibadat puasa, haji dan zakat, ia mestilah ditunaikan dengan penuh rasa kehambaan dan mengikut apa yang diperintahkan. Jika yang demikian itu, nescaya amanah tersebut telah dilaksanakan. Setiap saat dan pergerakan kita adalah amanah.Lidah kita adalah amanah yang perlu kita pelihara daripada berbohong, mengumpat dan mencaci orang lain, mata kita adalah amanah untuk melihat sesuatu yang halal, begitu juga telinga kita yang diamanahkan kepada kita untuk mendengar perkara-perkara yang baik lebih-lebih lagi untuk mendengar kalam Allah S.W.T yang menjadi panduan hidup kita.Begitulah seterusnya tangan, kaki dan kurniaan Allah yang lain, semuanya adalah amanah yang wajib kita pelihara daripada segala perkara yang mengundang kemurkaan-Nya.
Selain itu, hak sesama manusia juga merupakan tuntutan amanah yang perlu kita titikberatkan. Sesuatu urusan atau perkara yang diamanahkan kepada kita untuk menjaganya adalah wajib dipenuhi dan ini dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W di dalam hadis baginda yang berbunyi

" أَدِّ الأَمَانَةَ إِلَى مَنِ ائْتَمَنَكَ ، وَلاَ تَخُنْ مَنْ خَانَكَ "
(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Bermaksud :
"Tunaikanlah amanah kepada orang yang mengamanahkan kepadamu dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu''.

Demikianlah juga firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Anfal ayat 27 yang berbunyi

$pkš‰r'¯»tƒ z`ƒÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw (#qçRqèƒrB ©!$# tAqß™§9$#ur (#þqçRqèƒrBur öNä3ÏG»oY»tBr& öNçFRr&ur tbqßJn=÷ès? ÇËÐÈ
Yang bermaksud :
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Jika melihat kepada keadaan masyarakat hari ini, terlalu banyak kepincangan dan masalah yang berlaku terutamanya di dalam institusi kekeluargaan sehinggalah di dalam urusan pentadbiran negara.Amanah seorang suami terhadap keluarganya merupakan amanah yang perlu dipelihara baik daripada segi nafkah zahir dan batinnya. Seorang isteri juga wajib menjaga amanah suaminya dengan menjaga maruah diri serta mendidik anak-anak di rumah dengan penuh kasih sayang. Begitu juga anak-anak perlu menunaikan tanggungjawab terhadap kedua ibubapa mereka dengan membahagiakan serta mendoakan kesejahteraan mereka. Jika amanah ini sama-sama dipelihara oleh setiap ahli keluarga, nescaya institusi kekeluargaan akan kukuh dan mencapai konsep rumahku syurgaku.

Selain itu, masalah yang kerap kali kita lihat adalah penyelewengan yang berlaku di dalam institusi pekerjaan seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, penipuan wang, dan banyak lagi. Ini semua adalah kesan daripada kurangnya didikan agama dan menganggap amanah yang diberikan adalah perkara ringan tanpa memikirkan akibat daripada memakan harta yang haram hasil daripada penyelewengan tersebut. Ketahuilah, sesungguhnya harta atau makanan yang kita belanjakan daripada sumber yang haram bukan sahaja memberi kesan kepada ibadah kita bahkan zuriat kita nanti akan dibesarkan daripada sumber yang haram. Maka semua ini berkaitan rapat dengan masa depan dan akhlak anak-anak kita.
Allah menegaskan di dalam firman-Nya di dalam surah Al-Baqarah ayat 172
$yg•ƒr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=à2 `ÏB ÏM»t6ÍhŠsÛ $tB öNä3»oYø%y—u‘ (#rãä3ô©$#ur ¬! bÎ) óOçFZà2 çn$­ƒÎ) šcr߉ç7÷ès? ÇÊÐËÈ
Yang bermaksud :
Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.

Jelaslah di sini bahawa sesuatu yang halal itu adalah apa-apa yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dan kita memperolehinya melalui cara dan usaha yang betul.
Bila kita membicarakan tentang kelayakan untuk menanggung sesuatu amanah di dalam sesuatu urusan, kerana menurut hadis Rasulullah S.A.W. yang berbunyi :
عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قُلْتُ يَارَسُولَ اللهِ أَلاَ تَسْتَعْمِلُنِي – أَيْ أَلاَ تُعْطِينِي وِلاَيَةً أَوْ إِمَارَةً – قَالَ: فَضَرَبَ بِيَدِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى مَنْكِبَيَّ ثُمَّ قَالَ: ((يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيْفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةٌ، وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وِنَدَامَةٌ إِلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ))
" Daripada Abu Zhar, dia berkata : " Saya berkata " : Ya Rasulullah mengapa engkau tidak memilih saya?, Lalu baginda menepuk bahu saya dengan tangannya sambil bersabda," Wahai Abu Zhar, engkau seorang yang lemah, sedangkan itu sebagai amanah yang pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi tanggungjawabnya".

(Riwayat Muslim)

Jelaslah di dalam hadis tersebut bahawa amanah hendaklah diberikan kepada orang yang benar-benar boleh melaksanakannya.

Di dalam urusan pentadbiran, sesuatu amanah itu hendaklah diberikan kepada orang yang betul-betul layak seterusnya tuntutan agama dapat dilaksanakan dengan sempurna di dalam urusan pemerintahan.
Dalam satu hadis Rasulullah S.A.W. digambarkan bahawa kemusnahan akan berlaku sekiranya amanah diberikan kepada orang yang bukan ahlinya. Hadis tersebut yang berbunyi

فَقَدْ جَاءَ عَنِ النَّبِيِّ أَنَّ رَجُلاً سَأَلَهُ عَنِ السَّاعَةِ فَقَالَ: ((إِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ، فَقَالَ: وَكَيْفَ إِضَاعَتُهَا؟ قَالَ: إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ لِغَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ))

Yang bermaksud : Seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.A.W., bertanya tentang
" bilakah terjadi kiamat ". Rasulullah S.A.W menjawab : yang bermaksud : " Apabila hilang amanah, tunggulah kiamat itu. Orang itu bertanya lagi : Bagaimanakah keadaan itu berlaku ? jawab Rasulullah S.A.W. : " iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamatnya (kerosakan).

(Riwayat Bukhari)

Oleh yang demikian, kita perlulah memilih pemimpin yang adil serta layak untuk memikul amanah Allah S.W.T seterusnya menjadikan negara kita sentiasa berada di bawah keredhaan-Nya.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,
Amanah adalah sangat berat untuk dipikul dan menjadi kewajipan kita semua untuk melaksanakannya jika diberi kepercayaan. Bebanan tersebut digambarkan di dalam firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Ahzab ayat 72 yang berbunyi
$¯RÎ) $oYôÊttã sptR$tBF{$# ’n?tã ÏNºuq»uK¡¡9$# ÇÚö‘F{$#ur ÉA$t6Éfø9$#ur šú÷üt/r'sù br& $pks]ù=ÏJøts† z`ø)xÿô©r&ur $pk÷]ÏB $ygn=uHxqur ß`»¡RM}$# ( ¼çm¯RÎ) tb%x. $YBqè=sß Zwqßgy_ ÇÐËÈ
Yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan.

Persediaan daripada segi tenaga dan ilmu merupakan elemen penting untuk melaksanakan sesuatu amanah.Sesungguhnya asas ilmu dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T akan memudahkan seseorang untuk memikul sesuatu amanah kerana menyedari tentang akibat khianat serta peringatan-peringatan yang menegah kepada perbuatan khianat. Sabda Rasullullah S.A.W yang berbunyi

آيَةُ المُنَافِقِ ثَلاَثٌ : إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ, وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ " "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang bermaksud:
"Ciri-ciri orang munafiq terbahagi kepada tiga iaitu apabila berbicara, dia berdusta, dan apabila dia berjanji, dia memungkiri janji tersebut dan apabila diberi amanah, dia mengkhianati amanah tersebut."

Sesungguhnya jelas di dalam hadis tersebut bahawa perbuatan khianat merupakan salah satu sifat orang yang berpura-pura beriman daripada segi zahirnya sedangkan hatinya kufur. Moga-moga kita dijauhkan daripada sifat khianat tersebut.

Di dalam riwayat yang lain, Rasullullah S.A.W bersabda yang berbunyi

" لاَ إِيمَانَ لِمَنْ لاَ أَمَانَةَ لَهُ ، وَلاَ دِينَ لِمَنْ لاَ عَهْدَ لَهُ "
(Riwayat Imam Ahmad)


Yang bermaksud:
" Tidak sempurna iman seseorang yang tidak dapat dipercayainya. Dan tidak sempurna agama orang yang tidak menunaikan janji".


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T Sekalian,
Untuk memenuhi tuntutan amanah, manusia hendaklah berlumba-berlumba menunaikan tugasnya dengan tegas dan bersungguh-sungguh serta melaksanakannya dengan ikhlas semata-semata kerana Allah S.W.T dan bukannya untuk disanjung dan dipuji oleh orang lain. Sesungguhnya Allah S.W. T telah menggolongkan mereka yang menjaga amanah adalah daripada kalangan orang yang beriman sebagaimana firman-Nya di dalam surah Al-Mukminun ayat 8 yang berbunyi
tûïÏ%©!$#ur öNèd öNÎgÏF»oY»tBL{ öNÏdωôgtãur tbqããºu‘ ÇÑÈ
Yang bererti :
dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya;

Sudah tentu kita ingin tergolong daripada kalangan hamba-Nya yang beriman dan ketahuilah, sesungguhnya orang yang beriman itu akan dikurniakan balasan yang penuh dengan kenikmatan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Saidina Ali Karamallahu Wajhah pernah berkata :

أَدَاءُ الأَمَانَةِ مِفْتَاحُ الرِّزْقِ " "

Yang bererti : “Menunaikan amanah merupakan kunci rezeki”

Sebagaimana kita telah maklum, sesungguhnya pintu rezeki kita sentiasa terbuka jika kita memenuhi tuntutan dan kepercayaan yang diberikan kepada kita khususnya di dalam soal pekerjaan. Kita tidak perlu bimbang soal pekerjaan kerana kepercayaan orang lain terhadap kita untuk melaksanakan sesuatu perkara telah terbukti jika kita benar-benar bersifat dengan sifat amanah ini.

Akhir sekali, mimbar kita pada hari ini ingin menyeru kepada sidang hadirin sekalian supaya berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah kerana ia adalah sebesar-besar amanah yang dituntut kepada kita dan sama-samalah kita mengamalkan segala yang diperintahkan dengan penuh kehambaan dan ketaqwaan.Jika amanah ini dipenuhi, nescaya kesannya bukan kepada individu sahaja bahkan kepada semua masyarakat dan negara sekaligus melahirkan masyarakat yang hidup aman dan harmoni serta diberkati oleh Allah S.W.T.
اللَّهُمَّ اجْعَلْنَامِنَ tûïÏ%©!$#u öNèd öNÎgÏF»oY»tBL{ öNÏdωôgtãur tbqããºu‘

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

MOHD FAUZI BIN ABDUL HAMID
KULIAH BAHASA ARAB
UNIVERSITI AL-AZHAR, KAHERAH, MESIR

Teruskan membaca.... Read more

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP