Related Posts with Thumbnails

Jumaat, 24 Julai 2009

BERAKHIRNYA REJAB





Pertama sekali jazakumulahu khair al-jaza' di atas kesudian menziarahi blog ini. Saya tertarik dengan penggunaan ayat "blog bersawang" yang diuar-uarkan oleh sesetengah sahabat saya. Mungkin blog ini juga boleh diistilahkan sebegitu. Apapun, posting kali ini sekadar berkongsi pengalaman setelah saya pulang ke Malaysia daripada Mesir.


Mungkin pelbagai rancangan bermain di dalam kepala sebelum pulang ke Malaysia. Semua graduan mengalami situasi sedemikian. Ada yang ingin menyambung pengajian secara direct tanpa bekerja terlebih dahulu dan ada yang ingain terus bekerja dan juga ada yang ingain menyambung pelajaran sambil bekerja. Bagi saya, ia terserah kepada individu masing-masing. Cuma apa yang penting, ianya perlulah tidak lari daripada matlamat asal kita belajar di Al-Azhar khususnya, iaitu untuk mempraktikkannya untuk semua orang. Ingatlah, ilmu akan menjamin kebahagiaan hidup kita jika kita memanfaatkannya.


Bermulalah episod saya setelah pulang ke Malaysia. Pada mulanya tidak mahu meminta sebarang kerja yang melunturkan semangat untuk sambung master. Maksudnya terikat dengan sesuatu pekerjaan yang tetap mungkin menjejaskan komitmen untuk terus belajar ke peringkat tersebut. Tetapi ia adalah pendapat saya sahaja.


Berkhidmat sebagai guru ganti di SABK Fauzi, Yan banyak meninggalkan pengalaman yang baru. Gelagat anak murid yang inginkan manhaj pengajaran yang menimbulkan minat khususnya pengajaran bahasa arab telah membuatkan saya terfikir untuk berkongsinya bersama mereka. Bahasa arab memerlukan minat yang mendalam. Kita selalu menyebut dan sedia maklum bahawa ianya adalah bahasa Al-Quran, bahasa syurga dan lain-lain tetapi kenapa masih ramai tidak minat dengan bahasa tersebut? Apapun minat merupakan asas penting untuk mempelajari sesuatu. Minat boleh dipupuk melalui persekitaran dan kesedaran. Alhamdulillah, walaupun tidak sampai 2 bulan saya berkongsi ilmu dengan mereka, mereka sedikit sebanyak boleh menerima kenyataan bahawa bahasa arab adalah penting untuk diaplikasikan dalam memahami ilmu agama. Jutaan terima kasih kepada pengetua dan semua warga SMAF kerana banyak membantu saya. Jutaan kemaafan juga diucapkan kerana tidak sempat berkunjung ke sana. Insyaallah hubungan yang terjalin tidak akan putus.

Penulis bersama staff SMAF dan rombongan dari SMA Makarimul Akhlak

Selepas itu, saya masih menanam tekad untuk terus menunggu permohonan pengajian master di USIM yang akan saya daftar pada awal bulan Julai. Namun masih terlalu awal untuk menunggu. Jadi saya mengisi masa yang ada dengan mengajar kelas-kelas tambahan dan sampailah pada suatu hari, sahabat saya memaklumkan bahawa jabatan di tempat beliau bertugas iaitu di UM memerlukan seorang pembantu penyelidik. Penyelidikan tersebut memfokuskan tentang bidang hadis iaitu suatu bidang yang agak lain daripada apa yang saya ambil di Mesir. Alhamdulillah, walaupun tidak sampai 2 bulan saya bekerja sebagai RA di UM, pelbagai pengalaman telah dapat diambil. Terima kasih kepada sahabat di sana dan pensyarah-pensyarah khasnya.


Semasa saya menjadi RA di UM, saya mencuba nasib dengan mencari peluang yang dapat menjamin saya menyambung master tanpa bermasalah dalam kewangan. Maksudnya sesetengah IPTA ada menawarkan jawatan tutor/fellowship yang akan ditaja sepenuhnya untuk menyambung pengajian. Alhamdulillah, saya cuba memohonnya di Universiti Darul Iman. Alhamdulillah, semuanya menjadi kenyataan. Sewaktu tawaran tersebut sampai, saya baru sahaja mendaftar pengajian master di USIM. Nampaknya terpaksalah saya menangguh pendaftaran tersebut sehinggalah mendapat cuti belajar daripada UDM. Sekarang saya ditugaskan untuk mengajar di UDM dalam kursus BAHASA ARAB. Tentu banyak perbezaan. Tunggu posting seterusnya……
p/s : sekadar perkongsian pengalaman…….

Teruskan membaca.... Read more

Khamis, 16 Julai 2009

??????


Teruskan membaca.... Read more

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP