Related Posts with Thumbnails

Khamis, 31 Julai 2008

PENANTIAN SUDAH BERAKHIR...

"Fauzi, mabruk kau...kau dapat taqdir jayyid"...antara yakin dan kurang yakin bercampur dalam hatiku setelah menerima sms daripada Syakur..tapi perasaan penuh kesyukuran itu tak dapat dibayangkan lagi..."tut..tut..tut.."aku menerima sms daripada best student iaitu zulkhairi (pelajar cemerlang kuliah bahasa arab kaherah).."ana dapat jayyid selepas tarakum..keputusan tahun 4 tak tau lagi..anta plak, ana harap bersabar dan dapat terima kenyataan..."-mesej yang aku terima terus meggelisahkan hatiku yang tersangat gembira tadi..aku terus membalas mesej tersebut dan jawpan yang diberi adalah sama..aku terfikir juga mungkin zul nak mainkan aku...hinggalah aku membuat keputusan untuk bergegas ke pusat internet yang jauh juga daripada asrama..nasib baik dia online..bukan takmau call, mahal dari yaman ke mesir..di awal chatting, zul masih memberitahu bahawa aku memang tak lulus...kena ulang tahun..akhirnya aku mengalah dan memberitahu bahawa ini semua adalah taqdir, dan kesabaran itu adalah asas penting..last2, dia kata "dah taqdir anta dpat jayyid"...bila cakap macam tu, aku rasa macam nak $@$%%*^ dia..tapi apapun syukur alhamdulillah, debaran dan kerisauan yang aku tunggu hampir 8 bulan, diizinkan oleh-Nya untuk aku grad tahun ni...ini semua adalah kurniaan-Nya..juga berkat doa mak ayah yang paling disayangi...tunjuk ajar sahabat-sahabat dan berkat usaha, doa, tawakal...ingat zaman sekolah dahulu, sebelum datang ke Mesir (post akan datang)...

Alhamdulillah, Allah telah memberikan kemudahan untuk aku lulus tiap-tiap tahun di Universiti tertua ini..namun, rasa takut dan tidak layak untuk bergelar graduan Al-Azhar ternyata wujud dalam hatiku...terlalu cetek ilmuku dan belum layak lagi untuk bergelar demikian..jadi, aku harap ianya bukanlah menjadi pengukur untuk menilai seseorang..Insyaallah, akan aku mantapkan diri daripada semasa ke semasa..ilmu agama amat luas..selagi banyak kita belajar, selagi itulah kita merasa ceteknya ilmu kita dan perlu belajar lagi...

Kepada sahabat yang dah grad khususnya sahabat seperjuanganku di kuliah bahasa arab, tahniah diucapkan dan yang belum, jangan putus asa, teruskan menimba ilmu di bumi Mesir dan ikhlaskan niat menuntut ilmu....

Mengenai perancangan lepas ni, jika diizinkan Allah, aku akan tinggal di Yaman mungkin 3 atau 4 bulan lagi, dan balik ke Mesir seterusnya mungkin balik ke Malaysia pada bulan 1 tahun hadapan..Insyaallah, sambung master di Malaysia...

Syukur Alhamdulillah di atas nikmat yang Kau berikan kepada hamba-Mu ini...Kau berkatilah ilmu yang aku pelajari serta sahabat-sahabatku yang sama-sama menuntut ilmu-Mu demi mengharap keredhaan-Mu Ya Allah.......

2 Kritikan dan Cadangan:

MofiR 31 Julai 2008 pada 12:14 PTG  

tahniah sahabatku...
x sabaq nk tggu hang balik...

Tanpa Nama,  8 Ogos 2008 pada 4:35 PTG  

sekalung tingi TAHNIAH. memang Allah nak anta duk lama di Yaman. tak perlu balik utk tasfiyah. ALFU MUBARAK

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP