Related Posts with Thumbnails

Khamis, 9 Oktober 2008

JAMUAN AIDILFITRI PERKASIH

Setiap tahun, Persatuan Bekas Pelajar SMA Al-Khairiah (PERKASIH) mengadakan acara tahunannya iaitu sambutan Aidilfitri dan juga dalam masa yang sama melantik AJK baru di dalam PERKASIH sendiri. Pada tahun ini, majlis tersebut telah diadakan pada hari raya ketiga yang lepas. Yang uniknya, ana, Tarmizi dan Amir yang belajar di Mesir, menjadi wakil untuk hadir ke majlis tersebut pada tahun yang berlainan yang dimulai dengan Tarmizi yang pulang pada tahun 2006,seterusnya ana pulang pada tahun 2007 dan pada tahun ini Amir pula yang pulang. Apapun, majlis ini bukanlah semata-mata untuk menyambut hari raya sahaja bahkan sebagai acara tahunan yang menghimpunkan bekas-bekas pelajar di samping mengeratkan ukhwah yang telah lama terjalin. Dengan adanya PERKASIH juga, program dan aktiviti-aktiviti dirancang serta direncanakan demi adik-adik yang masih belajar di Al-Khairiah khasnya dan untuk kebajikan Al-khairiah umumnya. Di bawah ini gambar-gambar semasa majlis tersebut pada raya ketiga yang lepas










1 Kritikan dan Cadangan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP