Related Posts with Thumbnails

Khamis, 18 Disember 2008

PENGALAMAN


Pengalaman selama 4 tahun di bumi Mesir terlalu banyak..
cuma entry kali ni nak berkongsi tentang sistem peperiksaan dan mungkin sedikit pandangan peribadi mengenai tip-tip untuk lulus...

Setiap tahun akhir bulan 12, maka bermulalah exam sem 1..masa tu la ramai yang tak senang duduk..bagi pengalaman aku di tahun 1, mungkin amat mengerikan..sebabnya aku masih terbawa-bawa cara study semasa di Malaysia..iaitu study last minute..
mungkin aku ingat ia cepat masuk tapi memang pon..
cuma sukatan yang diberi doktor terlalu banyak dan tidak boleh main pakai target saja..

UISSHH....takut gila bila teringatkan masa mula-mula dulu..sampai tak tido malam..banyak muqarar tak hapai lagi..

Selalunya klu kat Malaysia, mesti semua ada dalam pala otak..harfun bi harfin walaupon ada tak paham..tapi, bila ja hari peksa iaitu kat sini masa first time dulu, aku dah demam...aku taktau apa yang doktor nak..jawab semuka ja satu soalan besar..begitu la dalam paper2 lain..

Masa kat Malaysia, result akan tau dalam 2 bulan ja..tapi kat sini kena tunggu sampai sem 2 dan diumumkan dengan subjek2 sem 2..mana boleh tunggu..gelisah la, takut ada subjek tak lepas untuk sem 1...lama nak tunggu..setengah tahun..
tapi itulah Al-Azhar, banyak ajar benda tersirat..erti sabar, hikmah dan benda-benda lain yang memerlukan kita untuk pikir.

Bila pikir semua tu, aku lupakan masalah tu, yang penting pulon untuk sem 2 plak...kali ni rajin sikit pi kuliah dan lebih mementingkan kelas tutorial yang diajar oleh senior2.

Yang aku rasa study paling berkesan adalah STUDY GROUP..penggeraknya adalah sahabat baik aku ..::NORHAN::..
Di situlah banyak membantu untuk memahami kitab dan sama-sama menolong kawan2..insyaallah, silap faham terhadap sesuatu terjemahan atau tafsiran dapat dielakkan. Sesungguhnya Allah akan mempermudahkan mereka yang saling bantu-membantu..

Sepertimana sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah sentiasa menolong hambaNya selagi mana hambaNya itu menolong saudara-saudaranya.

Syukur alhamdulillah, walaupun di tahun 1, aku banyak menghafal daripada memahami, tetapi aku boleh membuat kesimpulan, penghafalan itu penting bagi kami yang berada di kuliah lughah..aku sabar menunggu result dan akhirnya lulus semua madah di tahun itu..begitulah seterusnya 3 tahun selepas itu...

Secara khulasahnya untuk lulus di Al-Azhar (dari aspek peperiksaan) :
1. Perbetulkan niat
2. Selalu ke kuliah
3. Pastikan ada rujukan kawan arab untuk menyalin apa yang penting
4. Study group
5. Bincang soalan-soalan yang lepas
6. Dalam kertas jawapan, mulakan dengan pembukaan
7. Hadir kelas tutorial
8. Pastikan semua muqarar dihabiskan seminggu sebelum peperiksaan
9. Jangan pilih kasih terhadap subjek (cuba tumpu lebih madah yang payah atau kurang minat)
10. Rajin bertanya walaupun sekecil-kecil perkara (soalan munasabah)

Itu merupakan persediaan zahir sahaja..Ada persediaan yang paling penting lagi iaitu daripada segi rohani dan mental...yang kita mungkin lalai dengannya..

1. Taqarrub kepada Allah
Solat hajat, selalu baca quran, berzikir dan lain-lain amalan sunat..Gandakan!!

2. Hubungan dengan kawan2 mesti jaga..saling maaf dan tolong-menolong..jangan mudah cari pasai!!

3. Doa mak ayah..PENTING SANGAT!!...aku ingat dulu sebelum pi peksa, aku akan tepon..klu tak boleh buat pon, pastikan mak ayah tahu kita tgh peksa!!berkat doa mak ayah.

Itu serba sedikit gambaran, kalau nak ikutkan pengalaman dalam menjawab soalan-soalan, untuk lulus setakat jayyid -cuba jawab dan jangan biarkan kosong- walaupun ia sedikit..yang penting tepat jawapan yang diberi...syarah rasanya tak diperlukan sangat. Tetapi kalau nak target MUMTAZ, kenalah hafaz banyak sikit..untuk mudah menghafaz, selain amalan rohani, kita perlulah memahami apa yang kita hendak hafalnya..kalau tak ingat semua, boleh tambah ayat-ayat sendiri....

KEFAHAMAN DAN HAFAZAN MERUPAKAN ASAS PENTING UNTUK LULUS...TAPI, BAGAIMANA NAK BAGI MUDAH??..HA, KENA LA BUANG SIFAT MALAS, EGO DAN TAK LARAT....!!!
nak buang camna?..


MALAS -tengok semangat kawan2 yang rajin, banyakkan amalan sunnah, selalu tepon keluarga dan kawan ngan orang malas (mungkin kita rasa rajin sikit untuk lebih daripada dia)


EGO - ni yang payah sekali nak buang...kadang2 benda ni yang menjadikan kita jahil murakkab. taktau makna, takmau tanya..taktau cara jawab, takmau tanya..kawan2 ajak study, anggap tak bagi kesan mana pon...ha, cuba muhasabah!!!!


TAK LARAT- memang payah gak tambah-tambah musim sejuk..muqarar banyak...bahasa yang tinggi...semua ni kena muhasabah gak.. ORANG LAIN LARAT KENAPA KITA TAKLEH LARAT??!!


Syukur Alhamdulillah, walaupun aku lulus cukup makan sahaja untuk habis B.A di Al-Azhar, sekurang-kurangnya 4 tahun aku habiskan...memang banyak masa yang terbuang, kalau diikutkan 4 tahun jika digunakan betul-betul, setahun sahaja dapat diibaratkan untuk mendapat segulung ijazah..3 tahun lagi, pelbagai ilmu luar boleh diambil..terlalu banyak..cuma terletak kepada individu bagimana dia bijak mencari peluang tersebut.

Ingatlah, untuk menjadi ulamak bukannya mudah..maksud aku ulamak yang mutqinin dan mampu membawa risalah Nabi-nabi dan manjadi pewaris mereka...Hati perlu dijaga...kalau hendak mengejar segulung ijazah, ia suatu perkara yang amat kecil bagi mereka...Bukan aku katakan peperiksaan itu kecil, tetapi jika kita merasakan tanggungjawab kita besar, tentulah tiada menjadi masalah untuk kita memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan..Itulah yang aku katakan tadi, niat perlu diperbetul, bukan semata-mata sijil, tetapi ilmu yang diajar dan perlu diamalkan..peperiksaan merupakan wasilah dan penilaian sahaja. JIKA KITA ITQAN DENGAN ILMU YANG KITA PELAJARI, NESCAYA PEPERIKSAAN TIADA MENJADI MASALAH KEPADA KITA...cuma mungkin teknik menjawab...

PERCAYALAH, ALLAH AKAN MEMPERMUDAHKAN HAMBA-NYA YANG NIATNYA HANYALAH KERANA ALLAH SEMATA-MATA...........

Itulah sedikit pandangan mahupun perkongsian peribadi...Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada 2 sahabat rapatku di Malaysia iaitu Lukman dan Firdaus kerana baru sahaja menamatkan pengajian B.A mereka di UIA...Semoga ia menjadi pencetus semangat kepada rakan-rakan yang belum grad dan juga kepada adik-adik...
INSYAALLAH, KITA JUMPA DI MALAYSIA TAHUN HADAPAN....


5 Kritikan dan Cadangan:

MofiR 19 Disember 2008 pada 4:21 PG  

bagusnya cara pengajian ustaz...
smoga ustaz menjadi salah sorang pendakwah lepas nie...

tips2 study yang ustaz fauzi utarakan tu memang sangat tepat... sy pun amalkan hampir mcm tu jugak.

study group memang membantu, terkadang kita tak faham tajuk nie, kawan kita yang faham akan terangkan kpd kita, dan kita akan terangkan kpd orang yang tak faham.

STUDY GROUP
di antara cara2 yang aku dan kwn2ku amalkan adalah:

1) study group tak perlu ramai, klu ramai sangat pun dah x jadi study, mungkin maksimum 5-6 orang mcm tu je...

2) sebelum study group, kena la study sendiri dulu, bukannya semata2 mengharapkan study group, apa yang tak faham barulah kita ketengahkan waktu study group.

3) jika sekiranya study last minute, caranya adalah membahagikan topik kepada anggota2 study group, dan setiap orang akan study topik2 yang diberikan. Kemudian bentang dalam group. Klu boleh sertakan dengan nota kita sama.

Persediaan yang awal cukup penting untuk peperiksaan, (nie aku sendiri pun x dpt nk buat)... habiskan smua bacaan seminggu sebelum peperiksaan...

Sekirannya kita terlupa dalam peperiksaan, bacalah SELAWAT ke atas nabi banyak2... insyaAllah lambat laun, kita akan ingat kembali...

Yang PALING penting adalah berdoa kepada ALLAH SWT, solat hajat dsbg... klu boleh buat setiap malam, ataupun sekurang-kurangnya buat malam kita hendak exam...
Lepas jawab exam, MESTILAH sujud syukur, tak kira lah kita boleh jawab ke tidak... penting tuuu...

dan di antara yang penting spt kata ustaz fauzi, beritahu kepada kedua ibu bapa... bagi diorang tahu kita nk exam... smoga DOA mereka mengiringi kita dalam dewan peperiksaan...

Akhir sekali, selepas kita usaha tawakkal kepada ALLAH... dan senantiasa berdoa agar kita, sahabat-sahabat kita dan semua orang berjaya...

Selamat mencuba...

"Pengalaman mengajar kita erti kehidupan..."

wassalam...

p/s: entry yang sangat bagus... mcm tulis dlm entry aku la plak panjang2 mcm nie... huhu

Tanpa Nama,  27 Disember 2008 pada 5:32 PG  

salam, ana bersetuju dengan pendapat ustaz berkenaan pembelajaran..belajar bukan untuk peperiksaan tetapi untuk diamalkan
Allah akan memberikan mengikut niat kita, jika kita belajar kerana ijazah insyaAllah ijazah yng kita dapat tetapi ilmu belum tentu lekat di hati dan diamalkan, namun jika kita belajar kerana Allah insyaAllah Allah akan memberikan kedua-duanya untuk kita..wallahu'alam

Tanpa Nama,  1 Januari 2009 pada 1:43 PG  

tisafir bessalama insya Allah..

khuttah dirasah yg tayyib untuk ehna tullab nashtarik wa nastafid..

Mofir 16 Januari 2019 pada 9:42 PG  

11 tahun dah ana komen dalam blog anta

SITI NORAQILAH 27 Jun 2023 pada 3:35 PG  

Terbaiklah ustaz fauzi, jiwanya akrab dengan pelajar malah suka mmberi , berkongsi perkara2 yang bermanfaat utk semua. Semoga Allah merahmati ustaz dunia& akhirat, amin.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP