Related Posts with Thumbnails

Ahad, 17 Mei 2009

PELITA HIDUP KAMI



Ustaz, ustazah, cikgu, teacher, sir...erm..apa lagi ya??!...itulah panggilan yang digelar khas untuk pendidik mengikut bidang masing-masing. Apapun itu bukanlah nilai ukuran tetapi hanya wasilah untuk melahirkan hubungan. Bermula darjah satu di SEKOLAH KEBANGSAAN PEDU (1992), mula kaki melangkah...ingat lagi masuk kelas 1K. Dah lupa, kelas pertama atau hujung sekali.Tapi memang seronok jika dikenang kembali. Teringat cubitan cikgu kat perut, dirotan akibat bising, dilumur aiskrim yang dimakan,ditampar cikgu dan banyak lagi pengalaman pahit.Sebenarnya semua itu walaupun rasanya pahit, namun jika dirasa betul-betul manis sangat. Itulah cikgu, rotannya bukan kerana benci, cubitnya bukan kerana marah, jerkahnya bukan untuk menakutkan tetapi ia adalah didikan dan sayangnya mereka kepada kita.Cuma fikiran kita tidak dapat menilainya lagi.Budak sekolah rendah la katakan. Terima kasih buat cikgu-cikgu, ustaz dan ustazah dan semua pendidik SEK. KEB. PEDU kerana menjadikan FAUZI "manusia"...

Selepas UPSR, iaitu sedang mengalami proses kematangan, tak terfikir langsung di mana perlu aku belajar untuk alam menengah.semuanya aku serahkan bulat-bulat kepada ayahanda tercinta. Alhamdulillah, aku dihantar temuduga ke sekolah agama rakyat. Mulanya Raudhatul Ulum, dipanggil dan diterima tetapi tak daftar sebab menunggu jawapan daripada Maktab Mahmud. Tunggu punya tunggu, tak dapat Maktab Mahmud.Terlepas semuanya. Masa itu aku tak pandai berfikir lagi. Boleh dikatakan majoriti sahabat-sahabat sekolah rendah memilih sekolah menengah biasa, tetapi alhamdulillah, ayah tetap menghantarku ke sekolah agama rakyat. SMUK (Sek. Men. Agama Al-Khairiah) telah menjadi destinasi aku untuk menimba ilmu agama dan mencipta kejayaan. Alhamdulillah, semuanya bermula di sini. Aku terus belajar di di situ sehinggalah tingkatan 6 atas walaupun beberapa kali aku nyaris untuk keluar dari sekolah tersebut sepanjang tempoh tersebut. Alhamdulillah, berkat doa ustaz, ustazah dan cikgu-cikgu di situ, aku sekali lagi menjadi "manusia". Tapi kali ini lebih baik (aku rasakan)...Terima kasih ustaz, ustazah, cikgu dan semua warga Al-Khairiah. Di alam universiti pula, JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA kepada mashayekh al-Azhar dan guru-guru di luar kampus di atas jasa kalian.
Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa kalian....SELAMAT HARI GURU...

0 Kritikan dan Cadangan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP